Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 17, 2016

Maknanya UMNO akan mati bersama Najib?

Jangan biarkan Umno mati bersama Najib, kata A. Kadir
17 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk A Kadir Jasin

Umno akan terus mati jika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak terus memimpin parti dan negara, kata tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berpandangan Umno bukan lagi parti yang memperjuangkan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mempertahankan Najib dan konco-konconya.

"Pada pandangan umum hatta di kalangan orang Umno pun, Umno bukan lagi parti orang Melayu, bukan parti kita lagi tetapi sudah jadi parti Najib dan parti konco-konconya. Parti pemakan-pemakan dedak.

"Apakah Umno perlu mati bersama Najib?" soalnya ketika berucap pada program Bicara Tokoh anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Hotel Katerina, Batu Pahat malam tadi.

Menurut Kadir lagi, walaupun beliau bukan lagi ahli Umno tetapi beliau merasakan "satu dosa" jika membenarkan Umno mati bersama Presiden Umno itu.

"Saya tidak lagi ahli Umno tapi saya rasa satu dosa membenarkan Umno mati bersama Najib. Umno akan mati jika najib terus memegang dan memimpin parti ini." ujarnya.

Katanya lagi calon Umno yang akan bertanding dalam dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar  akan datang tidak lagi diiktiraf sebagai calon BN.

"Calon Umno orang akan kata, itu calon Najib yang makan dedak. Pisahkan Umno daripada Najib.  Jangan akui Najib sebagai Presiden Umno dan jangan akui lagi sebarang perhubungan antara Najib dengan Umno, InsyaAllah Umno boleh diselamatkan.

"Siapa tahu mungkin saya akan balik semula pada Umno, kalau tidak pun menjadi ahli tetapi menjadi penasihat. Kita harus berani menyatakan yang benar," ujar mantan Ketua Pengarang News Straits Times itu.

Turut berucap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jurucakap Callengers Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi GKCM Johor Solihan Badri.
Ceramah GKCM di Batu Pahat malam tadi.

# Nak pisahkan UMNO dari Najib bagaimana? Kan Najib adalah Presiden UMNO!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa