Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 19, 2016

Zahid minta Ku Nan jawab kritikan Muhyiddin

  | May 19, 2016
Muhyiddin sebelum ini mempersoalkan tindakan UMNO yang terus menghukumnya tanpa memberi peluang kepadanya untuk membela diri.
zahid-ku-nan
GOMBAK: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas parti itu menjatuhkan hukuman tanpa memberi surat tunjuk sebab kepadanya.
Ahmad Zahid sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjawab segala kritikan yang dilemparkan timbalan presiden digantung itu.
“Perkara itu biar setiausaha agung (Tengku Adnan) yang jawab,” katanya ringkas pada sidang media selepas Majlis Perasmian Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara UIAM di Gombak hari ini.
Semalam, Muhyiddin membidas Tengku Adnan susulan tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.
Sehingga kini katanya, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada parti berhubung salah laku beliau dan tidak pernah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO mengenai kesalahan yang dilakukannya.
Malah katanya, apa yang dilakukan Tengku Adnan itu jelas menunjukkan proses tuduhan pelanggaran disiplin parti terhadap beliau dibuat tanpa mengikut tatacara dan prosedur betul, sekaligus bercanggah peruntukan Fasal 20.1 Perlembagaan UMNO.
Sebelum ini, Muhyiddin antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa