Monday, May 16, 2016

“Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama!”

Isu kerusi Dun Bandar, PKR kata Pas mabuk
16 Mei 2016 | HAZAYANI ZAKARIA

Isu Dun Bandar Azan sifatkan Pas mabuk

PKR Terengganu menyifatkan Pas negeri itu sebagai orang yang sedang mabuk dan tidak perlu dilayan ekoran kenyataan Pas yang mahu bertanding di Dun Bandar, satu-satunya kerusi milik PKR di Terengganu.

Adun Bandar Azan Ismail berkata, kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan.

“Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk nak kerusi dan isteri-isteri.

“Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sabtu lalu, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu Yahaya Ali, seperti dilaporkan Buletin Online berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas negeri, kerusi Dun Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas,” katanya seperti dipetik Buletin Online selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di Chabang Tiga, Sabtu lalu.

Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu turut membayangkan parti itu akan mempertahankan Dun Bandar dalam PRU akan datang.

Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi Dun Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi.

Azan mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu daripada enam kerusi yang ditandingi parti itu.

1 comment:

  1. gila kerusi kerusi dan isteri...la sebelum ini kata tak mau kuasa..ni sebuk pulak nk rebut org punya...
    semua bercanggah.bos kata lain..anak buah kata lain
    pening la ngan hangpa ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa