Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 7, 2014

Flip flop dah jadi trend?

Kerajaan perlu henti pendirian flip flop

 | October 7, 2014
Dua tahun telah berlalu namun usaha penggubalan akta baru tetap 'beku' tanpa tindakan.
akta-hasutanSEREMBAN: Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan jelas tidak puas hati dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas menyatakan bahawa keputusan akhir mengenai isu menggantikan Akta Hasutan dengan Rang Undang-undang Harmoni Nasional terletak di tangan Kabinet dan bukan bersama Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).
Dalam satu kenyataan bersama, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad, Ketua DAPSY Negeri Sembilan J. Arul Kumar dan mantan Ketua AMK Negeri Sembilan Nazree Yunus berkata Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang di Malaysia yang digubal bagi mencegah dan menghalang sebarang perbincangan yang boleh dikatakan atau didakwa sebagai tujuan untuk menghasut.
Pada tahun 1948, kerajaan British telah menggubal akta tersebut dan bersempena dengan tahun tersebut nama ‘Akta Hasutan 1948’ diangkat sehingga kini.
“Jika diteliti daripada sudut sejarah, ia adalah bertujuan untuk mengekang kemaraan komunis pada satu ketika dahulu. Komunis telah tiada, namun ia terus digunapakai tanpa kajian terperinci.
“Kami mempertikaikan atas alasan apa ia terus digunakan? Perdana Menteri wajar nyatakan pendirian segera untuk rakyat membuat penilaian.
“Menurut tafsiran dalam Akta 1948, sebarang ucapan dan penerbitan yang mempunyai kecenderungan menghasut adalah boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah.
“Pada perspektif kerajaan, undang-undang ini besifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.
“Dua tahun telah berlalu namun usaha penggubalan akta baru tetap ‘beku’ tanpa tindakan.
“Kami terus meragui tentang keseriusan kerajaan dalam hal ini.
“Adakah ia hanya sekadar ‘gimik’ politik murahan?
“Usah bermain dengan sandiwara politik, penjenamaan Akta Hasutan kepada Akta Keharmonian Kaum tidak ubah hanya sekadar kosmetik dan sandiwara politik jika ia hanya diteliti pada nama tetapi bukan pada isi kandungan akta tersebut,” kata mereka.
Kerajaan yang lemah sahaja akan menggunakan akta ini
Pada hemat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, hanya kerajaan yang lemah sahaja akan terus menerus menggunakan akta ini.
“Sebagai rakyat yang merdeka dan bebas, sewajarnya satu akta yang lebih holistik digubal kerana Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan ‘hak kebebasan bersuara’ yang diperuntukan di dalam perlembagaan negara ini.
“Kami meyakini, sebuah kerajaan yang stabil dan adil tidak akan tergugat sekiranya dikritik.
“Rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju untuk akta tersebut terus digunapakai dan pelbagai usaha dan kempen telah digerakkan secara mandiri serta progresif agar akta ini segera dimansuhkan.
“Kesedaran rakyat kian memuncak bila mana belakangan ini ramai aktivis termasuk ahli akademik dan politikus berani mula disabitkan dengan akta ini malah dikenakan tindakan yang pada hemat kami ia tidak munasabah.
“Kami yakin, sekatan demi sekatan ini akan menyebabkan rakyat semakin matang dan menilai kembali kerelevanan kerajaan yang sedia ada di masa hadapan. Percayalah bahawa proses ini akan menatijahkan perubahan.” kata mereka lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa