Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 13, 2014

Gantung dua Adun: Campur Tangan Pemuda PKR Akan Lebih Mengeruh Dan Merumitkan Keadaan!

Inilah masalahnya bila masing-masing gatal mulut........
Kenapa harus PKR melakukan perkara yang sama sebagaimana PAS?
Cari jalan dan cara lain yang lebih bijak dan berhikmah daripada membuat kenyataan terbuka walau pun penggantungan dua ADUN itu ada hubung kaitnya dengan pendirian PR di Selangor

Pemuda PKR bidas PAS gantung keahlian dua Adun sokong Wan Azizah
Published: 12 October 2014 - TMI
Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor termasuk Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) digantung selama setahun oleh PAS, namun mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014. 

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.
Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil (gambar) berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.
"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.
"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media terdahulu hari ini berkata, dua Adun terbabit mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.
"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.
Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.
Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.
Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua”. – 12 Oktober, 2014.

8 comments:

  1. heheh..tu lah dulu gatal mulut dan kaki..kena le balik..hahah

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya amat baik pemuda PKR yang jauh lebih cemerlang dan bijak berpolitik untuk menyerang balas setiap kenyataan golongan UG dalam PAS. Dengan serangan yang bertali arus akan menyedarkan mereka (UG) bahawa parti mereka pun sebenarnya hanya menumpang dan bukannya sebagai tuan tanah terutamanya di Selangor. Apabila diserang balas, maka puak UG ini akan lebih hebat mengeluarkan kenyataan "bodoh" dan mabuk pil kuda mereka itu dan semakin menyerlah kemunafikkan mereka di mata rakyat terutama yang bukan Islam. Biarkan mereka meruntuhkan parti mereka sendiri tetapi jangan terlalu memberi muka untuk mereka menghina pemimpin PKR tanpa ada sebarang lawanbalas. Sesungguhnya golongan Munafik UG dalam PAS ini wajib diajar dan bukan untuk dinasihati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap bergabung dgn mca dlam isu sekolah cina tu nak kira geng ug jugak ke?... kenapa hanya bila pas bersetuju dgn umno dlm satu perkara, dituduh ug? Ug tu apa? U gila kot?

      Delete
    2. Anon 12:25

      Ini yang dikatakn bodoh sombong. Pikir pakai tapak kaki.

      DAP dan MCA bergabung nak tubuh kerajaan UG kat ataih dahi nko ke? UG tu bukan kerepek pisang samdol...

      Delete
    3. UG=KONSENSUS NASIONAL.apa beza nya.berkerjasama dengan umno juga.balaci@pencacai pkr memang bodoh dgn komen piang.kebebalan dan ketololan terserlah.otak kemetot lagi dangkal.limau purut tiga serangkai,balaci@pencacai pkr buta perut tiada berakal.

      Delete
  3. Setuju dengan Monkey Shooter.

    ReplyDelete
  4. Anon 12:25 AM

    Masyallah......Bodohnya kamu! Macam bangun dari koma selama 15 tahun.

    ReplyDelete
  5. Anon 9:43 AM

    Masyallah......Post awal tadi kamu hanya "bodoh" sahaja, tapi post kedua kamu ini adalah "amat, amat, amat, amat bodoh". Macam bangun dari koma selama 45 tahun pula. Dah lah baca kitab/Al-Furqan malas, membaca FB dan blog pun tak mahu, itu sebab dikatakan UG = KN. Patutlah PAS berjuang lebih 50 tahun baru boleh menang lebih diluar Kelantan, rupa-rupanya ahli akar umbi mereka terlalu jumud dan malas membaca dan yang mereka tahu nak tunjuk bengkeng serta dengan mudah mengkafirkan ahli parti lain sahaja. Tolonglah membaca sikit demi maruah TGNA dan bukan demi sikap pelahap Nik Mini Cooper ye!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa