Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 12, 2014

Larang Terlibat Dengan PasMa: Sakit Dalaman PAS Semakin Serius?

Yang dah terlibat, bagaimana?
Adakah kerana kenyataan ini menimbulkan kemarahan Ahli Dewan Ulama?
'Beliau juga mencadangkan setiap ahli Majlis Syura diteliti latar belakang pengajian dan kerjaya mereka agar yang berkelayakan sahaja menjadi anggota' 

Majlis Syura Ulama arah ahli PAS tidak terlibat dengan PasMa
TMI - Published: 12 October 2014
Larangan ahli PAS melibatkan diri dengan PasMa selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014. 

Badan tertinggi dalam PAS, Majlis Syura Ulama hari ini mengeluarkan arahan kepada semua ahli PAS agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa, badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-Pakatan Rakyat.
Ini adalah kenyataan paling keras dikeluarkan PAS terhadap NGO yang ditubuhkan awal bulan lepas itu, ekoran perbezaan fikiran dalam parti Islam itu sejak krisis perlantikan menteri bsar Selangor.
Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Salleh berkata, langkah itu selaras dengan peringatan presiden PAS dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, parti dalam parti.
"Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut," kata Nik Zawawi dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Badan Perhubungan PAS Terengganu adalah satu-satunya pihak yang melarang ahli PAS melibatkan diri dalam sebarang kegiatan PasMa.
Namun bulan lalu, PasMa mengadakan majlis dialog di kawasan Nik Zawawi sendiri iaitu Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan timbalannya Muhammad Husin memberikan ucapan di majlis itu.
Kenyataan Nik Zawawi ini dibuat selepas Muhammad, yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Puteh menegaskan semalam yang Majlis Syura mesti mengkaji semula keanggotaannya.
Perkara ini dibangkitkan beliau sewaktu menjawab soalan peserta semasa Dialog PasMa Daerah Kuala Muda, Kedah.
Menurut beliau, ahli Majlis Syura dilantik oleh jawatankuasa PAS Pusat iaitu badan tertinggi yang dipilih dalam muktamar.
Beliau berkata, latar belakang mereka hendaklah diteliti supaya hanya mereka yang berwibawa dan disegani seluruh ahli PAS dilantik menganggotainya.
Beliau juga mencadangkan setiap ahli Majlis Syura diteliti latar belakang pengajian dan kerjaya mereka agar yang berkelayakan sahaja menjadi anggota. – 12 Oktober, 2014.

14 comments:

  1. Hanya manusia yang mempunyai penyakit jiwa taraf kronik saja yang mempersoalkan apa2 keputusan parti orang lain.Bagaimana dengan larangan MB PKR langsung tak dipedulikan oleh ahli2 exco parti sendiri dan parti sahabat karib di Oktoberfest?? Dasar munafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:21

      MB PKR larang apa? Cakap jelas-jelas supaya orang faham apa benda samdol nak cakap. Kalau tak tahu apa-apa tak payah komen.Membazir ruang.

      Delete
  2. Ini bermakna majlis syura sudah mahu menjadi seperti diktator yang tidak boleh ditegur. Kamu ingin mewujudkan sistem kasta membezakan ulama dan profesional?

    Tidakkah dia tahu bahawa menegur dan memberikan pandangan adalah salah satu hak ahli di dalam PAS. Jika mereka menegur di dalam bentuk perkumpulan seperti ngo PASMA kenapa majlis syura terasa sangat? Bukankah itu sebagaian saranan Rasulullah SAW melalui konsep 'Hilf al fudul'. Ini bermakna ada sesuatu kerosakan di dalam PAS yang ingin disembunyikan oleh pemimpin majlis syura ini.

    Adakah majlis syura mahu menjadi seperti kepimpinan PADERI di zaman kegelapan Eropah hingga menyebabkan berlakunya pemisahan agama dan kehidupan? Jangan menghalang kelak ahli hilang kepercayaan kepada kepimpinan majlis syura dan akibatnya parah kepada majlis ini.

    Saya fahami golongan ulama PAS terutama UG kini tertekan kerana beberapa perkembangan politik di beberapa buah negara Islam menunjukkan bahawa parti-parti politik yang didominasi golongan 'profesional Islam' telah mendominasi kuasa politik sedangkan parti-parti politik didominasi 'golongan ulama' terpinggir berpunca dari perbezaan sikap keterbukaan mereka kepada rakyat (Ini boleh dibaca di dalam harakah sendiri pada dua ke tiga keluarannya yang membincangkan politik pasca Islam). Barangkali inilah menyebabkan Haji Hadi jatuh sakit di Turki apabila melihat kepimpinan ulama terpinggir di sana walaupun rakyat Turki memberikan kuasa pemerintahan kepada parti berorientasi Islam.... sakitnya tak kebah malah menjadi sasau hingga menyebabkan konflik di dalam PAS tidak dapat diselesaikan dengan jalan pendamaian dan perpaduan persaudaraan Islam di dalam suatu kumpulan.

    Jadi PAS perlu berhati-hati. PAS jangan angkuh sangat kononnya dari sejarah parti serpihan dari PAS takkan mampu menandinginya (HAMIM dan Berjasa). Ingat bahawa PAS sendiri adalah parti serpihan UMNO selain dari Parti Kemerdekaan Malaya kemudian Parti Negara, Parti Semangat 46, Parti Keadilan Rakyat... dan hingga kini PAS adalah parti yang menjadi saingan UMNO sejak awal penubuhannya. Jadi tidak mustahil jika berlaku pepecahan PAS maka yang lahir dari pecahan kali ini adalah sebuah parti berorientasi Islam yang bakal menjadi pesaing kuat sehingga meminggirkan PAS sendiri. Maka berhati-hatilah jangan sehingga PAS berpecah.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Siapakah setiausaha MSU, Ustaz Wan Zawawi Wan Salleh?

    Beliau juga adalah salah seorang tunggak utama UG yang sudah dikenali. Dia sudah mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan UG mengguna jawatan rasmi didalam PAS seperti yang selalu saya sebut tentang tektik puak UG.

    Dalam keadaan PAS yang sedang bergolak, orang yang sepatutnya mengeluarkan arahan ini ialah ketua MSU iaitu Mursyidul Am, TGNA. Baru tidak timbul masaalah.

    Perlu diingat, tujuan PasMa adalah selari dengan keputusan Muktamar Ipoh 2008 yang menjadi dasar tahaluf siyasi PAS dengan PR yang masih menjadi dasar PAS.

    Kenyataan setiausaha MSU dan orang kuat ini bercanggah dengan dan melanggar keputusan Muktamar Ipoh 2008 dan dasar tahaluf siyasi PAS yang berkuatkuasa sekarang.

    Ahli-ahli PAS kena faham hakikat ini. Ini adalah permainan puak UG yang menggunakan nama MSU.

    ReplyDelete
  4. Semoga mountdweller menjadi blog yg boleh mengeratkan silaturrahim bukan adu domba semata2.

    ReplyDelete
  5. Abe

    Jika laporan diatas, larangan Ustaz Wan Zawawi adalah arahan dia sendiri yang bukan hasil mesyuarat penuh MSU. Ia adalah respond dari kenyataan Timbalan PasMa seperti diatas

    Ustaz Zawawi telah melangkaui hak jawatan beliau sebagai setiausaha MSU dengan mengeluar arahan sendiri yang bersifat dasar MSU. Tugas setiausaha ialah memanjangkan sebarang keputusan dasar yang diputuskan didalam mesyuarat penuh MSU untuk dilaksanakan disemua peringkat. Bukan mengeluarkan arahan yang melibatkan dasar rasmi Parti secara sendiri-sendiri.

    Satu lagi tugas penting setiausaha adalah nelaksana tugas pentadbiran MSU dan dasar-dasar rasmi yang sudah diputuskan.

    Dok gitu tugas setiausaha, Abe? Tolong komen skit.

    Jadi ahli-ahli PAS jangan keliru....

    ReplyDelete
  6. Kawe sokong pasma .pasma dok baek dengan bang nuar.

    ReplyDelete
  7. Anon 9:22 PM

    Saya setuju dengan pandangan saudara. Mereka bukan saja bimbang dengan golongan profesional tetapi mereka juga gundah melihat sokongan kepada golongan pro.

    ReplyDelete
  8. bat8

    Pengalaman abe selama lebih 20 tahun dilantik sebagai setiausaha kepada beberapa NGO peringkat negeri dan AJK di peringkat pusat, setiausaha tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan atau perintah tanpa arahan ketua yang mendapat mandat dari AJK (mesyuarat) kecuali hanya yang melibatkan kaedah mentadbiran dan urusahan pentadbiran sahaja.

    Selain dari itu apa-apa saja kenyataan yang dibuat adalah di atas kapasiti peribadi buakannya mewakili badan yang anggotainya.

    Jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan Wan Zawawi ini adalah arahan dari Ketua Dewan Ulama dengan persetujuan AJK Dewan atau tidak.

    ReplyDelete
  9. Kalau Nik Beduh dan Nasya Vellfire dok berkepit dengan Perkasa itu tidak mengapa? Berambuslah aduhai PAS dari PR terutama Presideng dan geng UG-nya. Cuma tinggalkan pemimpin berfahaman liberal dan profesional kamu yang jauh lebih ikhlas dan jauh lebih bijak sebagai pemimpin politik di negara ini berbanding lebai-lebai "chameleon UG" untuk mereka menyertai PKR dan DAP. Presideng dan UG-nya tiada nilai tambah dan sebaliknya menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging bukan sahaja dalam PAS malahan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Berambus lah Presideng, kami tak akan mengungkit walau satu sen pun yang kami taruh dalam Tin Milo untuk sumbangan kepada PAS demi membela rakyat seperti Presideng terdahulu (Ust Fadzil Noor). Kalau kamu masih title seorang Islam dan ada maruah, sila letak jawatan, kerana rakyat dah muak dan menyampah tengok walaupun sudah tidak dibayangi Mustoffa dan menantu Ayam Golek kamu tu.

    ReplyDelete
  10. Dah jelas lagi bersuluh.

    PAS pro mana?

    Satu ungkapan yang BODOH dan DUNGU dari seorang pemimpin parti PAS.

    PAS badan NGO yg pro-PAKATAN RAKYAT. Kalau PAStidak boleh bersama PR, buat keputusan dan pendirian secara sebagai ANAK JANTAN. Jangan melalak macam ANJING yg kepanasan hingga tidak tahu butiran apa yg dibicarakan.
    KAWAN CABAR PAS KELUAR DARI PAS...!

    ReplyDelete
  11. Anon 9:33 PM

    Kamu ini ada masalah komunikasi kah? Kalau kamu nak melayari blog yang penuh hikmah dan hanya menceritakan darihal iman dan takwa sila kunjungi blo "Papa Gomo",ok?

    ReplyDelete
  12. Memang semestinya majlis syura ularmak pas kini dirombak dan diperhalusi dan diperkasakan kedudukannya. Bidang kuasanya mesti diperincikan lagi supaya tidak menjadi diktator dan disalahguna kuasanya bagi kepentingan peribadi dan merosakkan maslahah dakwah islam. Ahli syura perlu berkeliber dan berwibawa dan mempunyai ilmu dan keupayaan yang sejahtera islamnya. Yang tak amanah salah guna duit derma, berhutang tak tunai janji dan pernah songlap duit dan cuba songlap tanah wakaf mesti dinyahkan. Yang minat berniaga dan pungut kamsen dan "fees" sabilillah jadi broker pprojek guna air lior tidak layak duduk dalam majlis syura ularmak kini. Yang kelulusan agama kena diteliti kewibawaannya kerana ada yang lulus agama setakat jurusan bahasa arab dan dakwah dan kepimpinan islam dan phd yang tesisnya tidak jitu tidak patut diberi iktiraf ulama tetapi mereka itu hanya taraf berilmu agama islam atau hanya taraf intelek islam. Cukup-cukuplah jadi ostad-ostad tebuk sana tebuk sini ilmunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:05 AM.Suka dgn pendapat tuan yg ringkas tp mantap..sy suka dgn istilah tebuk sana tebuk sini...mcm tupai la plak.boleh ke panggey ilmian tupai...

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa