Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 11, 2014

Islam Yang Dibawa Rasulallah itu Ada Ker, Ekstrem Atau Liberal?

Bukankah pandangan ini sengaja diwujudkan oleh barat untuk memecah belahkan pandangan dan membentuk kumpulan dalam Islam?

Fahaman ekstremisme punca dunia Islam saling bermusuhan, kata Sultan Pahang
Published: 11 October 2014
Kewujudan fahaman ekstremisme, taksub dan keterlaluan dari Barat sehingga ke Timur menyebabkan dunia Islam pada masa ini menghadapi konflik dan permusuhan antara satu sama lain.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (gambar) bertitah fahaman ekstremisme bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan manusia malah boleh mencemarkan kesucian agama Islam yang sepatutnya mencerminkan kedamaian, kemajuan dan peradaban yang boleh dicontohi.
"Seolah-olah tidak cukup dengan kemiskinan dan kemunduran ditambah pula dengan fahaman-fahaman ekstremisme, taksub dan keterlaluan sehingggakan dari Barat hingga ke Timur, bumi Islam sentiasa berkecamuk dan berselisihan," titah baginda dalam ucapan pembukaan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-30 hari ini.
Baginda bertitah fenomena yang begitu ketara sekali berlaku di Timur Tengah itu disebabkan umat Islam sendiri tidak mengikut dan menjiwai Islam sejati yang menuntut kepada toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan ia merupakan tuntutan Islam hakiki.
Sehubungan itu, Sultan Ahmad Shah bertitah graduan UIAM harus menjiwai dan mempraktik segala ilmu serta budi yang dipupuk ketika di universiti dalam hidup mereka sebagai usaha memartabatkan dunia Islam.
Baginda bertitah graduan UIAM adalah duta keamanan, kesederhanaan, dan peradaban agung bagi membuktikan dunia Islam adalah sejati dan bukan terdiri daripada golongan fanatik, ekstrem dan ganas.
Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah bertitah rakyat negara ini harus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia tercinta.
"Kita amat bersyukur kerana Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan fahaman agama dapat hidup bersatu serta bekerjasama mendaulatkan pemerintah, perlembagaan dan tatasusila kenegaraan yang tentunya menjadi bukti terserlah kebijaksanaan pemerintah dan rakyat jelata," titah baginda.
Sejumlah 4,853 pelajar terdiri daripada 47 pelajar peringkat diploma, 3,851 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 808 pelajar Sarjana dan 147 pelajar PhD menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen UIAM kali ini yang akan berlangsung selama tiga hari. – Bernama, 11 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa