HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan Perdana Menteri berhubung kekeliruan fakta yang dinyatakan sewaktu membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.
Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berhubung pengiraan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam perkara 34, 35 dan 36 dalam salinan buku bajet berkenaan.
Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan fakta itu menyebut bahawa, negara akan mendapat hasil dari GST sejumlah RM23.2 bilion pada 2015.
Bagaimanapun kata beliau, kerajaan akan hilang kira-kira RM3.8 bilion ekoran beberapa barangan dikecualikan GST.
Najib juga berkata, dengan perlaksanaan GST, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dihapuskan dan menyebabkan kerajaan kehilangan lagi hasil RM13.8 bilion.
Jelasnya lagi, jika pendapatan dari GST (RM23.2 bilion) ditolak dengan RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion tersebut, maka baki yang tinggal hanya RM5.6 bilion.
Dari jumlah RM5.6 bilion itu pula kata Najib, sebanyak RM4.9 bilion disalur kembali untuk keperluan rakyat melalui tambahan bantuan BR1M.
Maka kata perdana menteri, akhirnya hasil bersih GST hanyalah RM690 juta.

Menurut Mahfuz, adalah mengelirukan apabila perdana menteri mendakwa hasil GST akan ditolak dengan hasil SST, yang sekaligus akan mengurangkan hasil GST.
Sedangkan kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, GST adalan cukai menggantikan SST di mana hasil pendapatan dari GST tidak ada kaitan dengan hasil SST yang dimansuhkan.
"Adakah Perdana Menteri kita gagal matematik, atau terlena sewaktu kelas matematik? Atau beliau ada pengalaman mengelirukan akaun," soal Mahfuz.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, adalah tidak wajar meletakkan hasil SST sebagai sebahagian perbelanjaan kerajaan kerana cukai itu nanti sudah tiada lagi.

Ianya juga seperti membawa maksud kedua-dua cukai ini akan terus dikenakan.
"Jika SST masih dikira dalam GST, maka kita desak supaya kekalkan SST dan GST dimansuhkan. Mana boleh kedua-dua cukai ini aktif sedangkan SST dimansuhkan.
"Saya merasakan ini sebahagian alasan untuk menjustifikasikan tindakan melaksanakan GST itu," katanya.

Bahalol dgn Bijak sama ke ?
ReplyDeleteApabila kelayakan di warisi maka si Bahalol menduduki tahkta walaupun bukan bijak.
Selamat Datang Ke Dunia ZOO !
Salam pak Din.
ReplyDeleteUntuk keterangan lanjut mengenai persoalan 'bajet bagus' ni sila kita bertanya kepada Panda 2 ekor tu !
hehe
Salam !
ReplyDeleteKena tanya kat 2 ekor Panda tu gamaknya !
Abe
ReplyDeleteSebenarnya dari pembentangan bajet oleh Najib dan ulasan Mahfuz mengenai GST menunjukkan GST adalah merapu. Pendapatan negara dibawah sistem sekarang, SST kerajaan mendapat RM 13.8 Billion. Tetapi dalam tahun 2015 sahaja, GST hanya memberi nett income sebanyak RM 5.6 Billion. Pengiraan sebagaimana dinyatakan oleh Najib seperti dibawah:-
1. Pendapatan keseluruhan GST RM 23.2 Billion, ditolak
2. Nilai barangan yang tidak dikenakan GST RM 3.8 Billion, ditolak
3. Punggutan dari sistem SST sekarang
s3banyak RM 13.8 Billion
P3ndapatan bersih GST kepada kerajaan = 1 - 2 -3 = RM 5.6 Billion
Kita tolak janji Najib bahawa RM 4.9 Billion akan disalurkan balik kepada rakyat kerana ia adalah janji bohong. Alasan sama diberi sejak zaman Paklah setiap kali petrol/diesel dinaikkan, penjimatan subsidi akan disalur kepada rakyat - semuanya temberang!
Sebenarnya kita tidak perlu kepada GST buat masa sekarang merana pendapatan dari GST samada RM 23.3 Billion ke RM 5.6 Billion ke boleh ditampung jika segala ketirisan yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun diatasi. Jumlah ketirisan ini paling kurang RM 20 Billion setahun. Mengapa ketirisan ini tidak ditangani? Jawapannya siapa yang mendapat manafaat dari ketirisan ini sehingga ia tidak ada keperluan untuk kerajaan menggapuskannya.... rasanya semua orang boleh jawab.
Kita kena faham apa itu GST. GST sebenarnya adalah sedekah yang dipaksa keatas setiap rakyat, tua,muda, kerja, pencen, orang miskin, orang kaya, bayi dll kepada kerajaan yang tidak reti macamana hendak memajukan ekonomi negara yang kita tahu negara kita adalah sebuah negara yang kaya!
Modus operandinya ialah dengan mengutip sedekah ini apabila setiap orang tadi membeli barang keperluan termasuk keperluan asas peribadi seperti seluar dalam. Orang miskin pun kena bila dia beli selipar jepun. Jadi dalam sistem GST semua benda akan dikenakan GST kecuali barangan2 yang disenaraikan sebagai ihsan kerajaan sebenarnya.
Jadi dalam keadaan sekarang dimana kos sara hidup kita begitu membebankan kita kerana nilai duit kita makin kecil dan gaji yang tak naik2 - GST ini patut ditangguhkan dahulu kerana kerajaan mempunyai alternatif lain untuk menambah pendapatan dengan menghapuskan ketirisan yang berlaku setiap tahun tak kurang dari RM 20 Billion setahun!
Bagaimana GST ini mrnyusahkan kita? Sebab GST ini dikenakan atas setiap pembelian termasuk keperluan asas keluarga dsb, sebahagian dari pendapatan bersih kita ( setelah tolak epf,loan rumah, penjagaan anak, loan kereta dan macam2 lagi hutang) kita kena beri sedekah wajib setiap bulan kepada kerajaan Najib. Jadi pendapatan yang betul bersih kita( tolak semua hutang yang saya sebutkn) - masing kira sendiri lah berapa balance yang ada kat tangan ! Takkan kita tak menabung untuk masa susah dan masa depan anak2. Orang kaya yg duit berkepok2 xde hal punya.
Satu lagi pasal GST ini, 2015 akan bermula 6%. Apa jaminan Najib tak menaikkan tahun 2016 dan berimutnya? Kalau RON95/Diesel boleh dinaikkan semasa harga dipasaran dunia menurun- apa jaminan ajib tak naikkan kadar GST? Najib bab berjanji untuk melepaskan tengkoknya tersepit kita dah lihat berkali-kali. Bila tengok dia dah terlepas, dia mungkir janji.
Padan muka kita. Saya nasihatkan macai2 UMNO buat perkiraan kewangan bulanan masing2 juga kerana mereka begitu gembira dan seronok dengan GST ini.
Abe
ReplyDeletePerbezaan antara sistem cukai dulu, SST dengan GST
SISTEM SST
Semua barang tidak dikenakan cukai melainkan yang disenaraikan.
Barangan yang disenaraikan dibawah SST adalah sedikit. Ia termasuk jika kita pergi makan di restoren segera (McD, KFC, Pizzahut), kita pergi tengok wayang, menginap di hotel, pi main golf di kelab golf, pergi ke restoren mewah/besar yang mencapai pendapatan tertentu dll. Semua benda yang kita orang biasa tak buat hari-hari.
SISTEM GST
SEMUA BARANG DIKENAKAN CUKAI KECUALI BARANGAN YANG DISENARAIKAN.
Barang yang dikenakan GST jauh lebih banyak dari barang yang dikecualikan GST. Tembakau rokok nipah pun kena.
Semua orang dikenakan GST termasuk pengangur, petani, orang yang takde pendapatan tetap, orang miskin/dhaif, budak sekolah, pengemis, bayi( bila ibubapa beli barang bayi) bila membeli barang yang berada diluar senarai pengecualian GST.
Senarai lengkap barang-barang tang dikecualikan GST masih2 belum keluar lagi! Esok lusa dah nak dilaksanan.
Senarai ini akan berubah-ubah dari masa ke semasa apabila lebih banyak barangan baru masuk ke pasaran.Maklumat tentang bagaimana senarai ini akan berubah2, saya masih belum jumpa lagi. Mungkin ada dan saya tak jumpa.
Semoga maklumat ini memberi sedikit gambaran tentang GST yang akan dilaksanakan tahun depan.