Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 9, 2014

Isu Gaji: Ingat Senang Mereka Nak Jumpa Menteri?

Kalau kata bertekak pada perkara yang remeh begini di Parlimen bukankah bangang namanya?
Belasan ribu gaji menteri dikatakan ikat perut, ratusan gaji penjawat awam ikat apa?
Aku ingat Shahidan ni semakin tua semakin cerdik, rupanya sebaliknya yang berlaku  

MP 'berperang' isu warden penjara sokong siapa
mk - 5:40PM - 9 Oct 2014
Dua orang MP dari BN dan Pakatan Rakyat hari ini bertikam lidah tentang kecenderungan politik warden penjara.

Pertikaian tersebut berlangsung antara MP Sepang, Hanipa Maidin dan MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No. 2) 2014.

Ia bermula apabila Hanipa (bawah) mendakwa beliau didatangi warden penjara yang memintanya agar membawa isu kenaikan gaji mereka ke Parlimen.


"Ini permintaan dari warden-warden penjara ini mereka minta supaya mereka juga diberi kenaikan gaji.

"Saya ini MP yang selalu bercakap pasal naik gaji orang lain," katanya.

Kenyataan beliau itu kemudian dicelah oleh Shahidan Kassim.

"Saya tercabar dengar dari luar jadi saya masuk.

"Yang pertama kenapa warden ini jumpa YB kenapa tak jumpa kami - di antara orang yang boleh mempertimbangkannya dengan lebih cepat lagi.

"Mereka ini sebenarnya jumpa Yang Berhormat, pada anggapan Yang Berhormat sahaja," bidas Shahidan disambut gelak ketawa dari anggota-anggota Parlimen BN.

Menyambung perbahasannya, Hanipa menegaskan bahawa Shahidan perlu menyiasat sendiri sebab warden penjara cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Yang pertama dia (Shahidan) tanya kenapa warden jumpa saya tak jumpa mereka.

"Dia kena tanyalah kenapa dia orang suka sangat dengan Pakatan Rakyat tak suka dengan yang sana (BN).

"Kena tanya diri sendirilah.

"Mungkin kerana keburukan orang-orang di sana.

"(Mereka) tak percayalah dengan orang-orang di atas.

"Itu kena tanya merekalah. Hakikat, yang mereka nak jumpa kita, menunjukkan mereka tahu yang kita inilah yang menjuarai masalah rakyat," kata Hanipa.
Enggan mengalah, Shahidan (kanan) memohon untuk mencelah dan diberikan laluan oleh Hanipa.

"Walaupun saya dan rakan-rakan tak pernah ditahan dalam penjara, tetapi saya dan rakan juga memberi perhatian kepada penjara.

"Kita kalau ada upacara-upacara Hari Merdeka atau hari korban kita sentiasa ada di sana," katanya.

RUU Penjara (Pindaan) (No.2) 2014 ini mula dibaca untuk kali kedua hari ini selepas Rang undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan 2014) selesai dibaca tengah hari ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa