Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 9, 2014

DUP Dan Perkasa Mengamuk Pada Tempat Yang Betul!

Tang ni aku pun sokong!
Negara Islam jenis apakah ini?
Permit dari sape sebenarnya?
Soalan yang patut ditanya pada Mahathir.......dialah yang istihar Negara Islam Malaysia!

Dewan Ulama PAS bantah Oktoberfest
TMI - Published: 9 October 2014
Antara pemimpin Perkasa dan PAS yang menyerahkan memorandum bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara besar-besaran di Pejabat Bandaraya Petaling Jaya. – Gambar Facebook Perkasa Selangor, 9 Oktober, 2014.

Dewan Ulama PAS turut membantah keras Oktoberfest yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 12 Oktober ini di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak PBT yang lain ekoran bertindak berani dan bijak tidak meluluskan pesta arak itu," kata Nasruddin selepas majlis menyerahkan memorandum bantahan kepada PBT di Petaling Jaya semalam.
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Datin Alinah Ahmad berkata, pihaknya juga bertindak menurunkan iklan di jalan raya selepas mendapati penganjur pesta tersebut menaikkan iklan berkenaan penganjuran pesta arak itu tanpa sebarang permit.
Alinah turut mengesahkan pihaknya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan festival itu diadakan termasuk promosi melalui papan iklan turut dilarang.
Program penyerahan memorandum itu turut dihadiri ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) serta kepimpinan PAS seperti Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.
Nasrudin berkata, tindakan penganjur untuk mengadakan pesta tersebut secara terbuka mencabar sensitiviti umat Islam terutama sewaktu rakyat Islam di negara ini meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.
Beliau seterusnya mempersoalkan motif penganjur mengadakan pesta itu secara terbuka sedangkan sebelum ini pesta sama diadakan secara tertutup.
Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini.
Beliau turut menuntut pihak penganjur memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran mempromosikan festival arak berkenaan.
"Kita menghormati agama lain, begitu juga agama lain perlu menghormati Islam apatah lagi Islam itu agama persekutuan negara ini.
"Oleh itu, mengapa tidak pesta ini dilakukan secara tertutup supaya tidak mengganggu sensitiviti umat Islam," katanya. – 9 Oktober, 2014.

6 comments:

  1. PAS Parti Politik GAGAL !
    Ahli Ahli PAS sendiri tiada nilai ekonomi , PAS sendiri gagal menjana ekonomi tuk negeri di bawah tadbir nya.

    Apa kah bukan Islam di larang untuk meminum arak ? Selagi anak anak Melayu Islam dapat mengawal nafsu dan tidak masok minum arak tiada masalah kan ????

    Yang masalah anak anak Melayu minum arak akibat Gagal di didik ibu bapa mereka , bukan Islam pula di persalahkan.

    Betul kata Mahathir , Melayu GAGAL mula salahkan orang lain.

    Rakyat kena sedar PAS Parti Politik GAGAL. Itu Fakta !

    Apa kah rakyat mesti hidup maju dalam kegagalan ?

    Apa kah PAS itu Maksom ?

    Khalas !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala butuh hang....
      hang tau ke...pemimpin negara yg membodohkan melayu..
      jual harta pusaka melayu...

      Delete
  2. PAS tidak gagal.....yang gagal hanyalah pemimpin -pemimpin yang berfahaman sekular...yg tak memahami sensitiviti umat Islam di negara ini...yg dok kita tegah pon depa buat....ini pula dok berpesta-pesta....macam bangkai....tentu banyak lalat datang kerumun....cina...india..benggali..melayu pon sama....

    ReplyDelete
  3. Tengoklah Nasa Vellfire dan Nik Mini Cooper tu.....Rakan-rakan lain tengah berperang berhujah dalam parlimen berkenaan isu yang lebih besar melibatkan kepentingan rakyat keseluruhannya. Bangkai dua ekor ini dok tersenggih macam kerang busuk (Nik Mini Cooper) berbangga boleh join dengan proksi UMNO iaitu Perkasa. Spesis 2 ekor ini adalah lambang Munafik Melayu yang seperti anjing buruk kepala kerana kerjanya menyondol UMNO bagi mendapatkan sedikit tulang dari sisa-sisa daging rakyat yang diratah pemimpin UMNO. Golongan liberal dan penyokong mereka yang ramai dalam PAS mesti bertindak sekiranya mahu PAS terus wujud di luar dari negeri Kelantan. Sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan maka sia-sia sahajalah mereka berceramah seluruh ceruk rantau di sepanjang tahun bagi menaikkan taraf kepimpinan ulama kepada semua rakyat negara ini dan akhirnya yang bergelar ulama jugalah yang membuat onar dan menunjukkan sikap munafik sebenar mereka betul-betul di hadapan mata rakyat tanpa berselindung. Mereka ini (ulama UG) benar-benar merosakkan perjuangan serta kesucian nama Islam itu sendiri. Golongan inilah yang sebenarnya jauh lebih bahaya dan jahanam dari para pemimpin sekular, anti hadis atau orientalis kerana mereka ini (UG) adalah Munafik yang nyata.

    ReplyDelete
  4. Lol populariti semakin menurun.tinggal beberapa kerat jer keyboard warrior.

    ReplyDelete
  5. Anon 12:39 PM

    Janganlah kamu malu-malu kucing pula nak membaca atau nak beri pendapat. Kalau sampai tahap membanci untuk statistik blog popular maka nampaknya kamu pun amat berminat dengan blog ini ya? Terima kasih kerana berterus terang (berminat tapi malu).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa