Dari segi pemikiran mereka pun ibarat langit dan bumi
Belum lagi dari kecerdikan dan pengetahuan
Memang langsung tidak sepadan!
Sayang kalau semangat Sheikh Muhammad Abduh tiada pada Nik Abduh
Teruskan tradisi membela nasib rakyat yang malangnya bertimpa timpa.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Kota Bharu berpendapat adalah sayang kalau Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) tidak mempunyai semangat seperti Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang pemikir Islam yang hebat sekitar tahun 1924.
Syeikh Muhammad Abduh yang berketurunan petani, digelar seorang reformis, mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan banyak menghasilkan tulisan tulisan bernas dalam membangkitkan umat Islam yang sedang lena.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bahru, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, adapun sepak terajang politik yang berlaku sehari dunia ini khususnya dalam hubungan tahaaluf siasi antara PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat tidak harus dikaitkan dengan kuasa luar dan usaha melemahkan PAS dari dalam.
“Kekanda saya (YB) Nik Abduh yang menjadi Ahli Parlimen mewakili penduduk Pasir Mas samada penyokong Pakatan Rakyat mahupun bukan, tentunya mempunyai ruang yang cukup luas berperanan di parlimen serta di luar dalam melunaskan tanggungjawab itu demi keadilan.
“Demi kehidupan yang lebih bermakna dan bebas dari penindasan regim Umno/Barisan Nasional.
“Amat wajar sekali pendekatan yang dibuat oleh Sheikh Muhammad Abduh dijadikan panduan dalam memposisikan Islam yang semakin jauh dari pengamalan umat Islam itu sendiri di posisi yang sepatutnya.
“Sayang kalau inspirasi dan jiwa reformis itu hanya tinggal pada namanya. Legasi seorang ayah seharusnya diteruskan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran bahawa kedudukan yang beliau warisi hari ini bukanlah satu tugasan yang mudah untuk dipertahankan. Apatah lagi untuk dipertingkatkan.
“Moga lebih giat mempertahankan kekuatan, jauh sekali berusaha untuk merombak perjanjian di saat kemanisannya telah dicapai. Walau di sana ada sedikit kelat yang terasa, anggaplah ia lumrah kehidupan berkeluarga.
“Teruskan tradisi membela nasib rakyat yang malangnya bertimpa timpa.
“Kurangkan fokus kepada persoalan dalaman yang tidak sepatutnya.
“Jika benar ada usaha menjatuhkan Presiden dan kredibiliti Majlis Syura Ulama, bawalah bukti-buktinya dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
“Memperjuangkan prinsip tidak semestinya menghalang daripada berkompromi dalam perkara yang tidak perlu didahulukan.
“Adakah isteri Rasulullah yang memberi cadangan supaya bertahallul itu dilihat tidak berprinsip? Pasti tidak. Kebijaksanaan politik ini bila disertakan dengan penguasaan ilmu yang mantap akan menatijahkan penghormatan yang selayaknya diberikan kepada kepimpinan umat Islam.
“Saya bersedia membantu Kekanda Nik Abduh dalam sebarang gerakerja untuk kelancaran tugasannya sekiranya diperlukan,” katanya.
mungkin nik abduh ingat umporno-bn lagi baik dari pkr kot ! dia belum kena main lagi macam pas kena dulu ! ABU dan tentang geng pro 'UG'!
ReplyDeleteAmuraria
ReplyDeleteSepatutnya dia minta ayahnya berikan pencerahan bagaimana ketika PAS berada dalam BN sebelum 1979
tak semestinya kuah akan tumpah ke nasi.ayanhandnya seorang ulama yang fakeh dalam hukum hakam agama dan politik.anakandanya masih meraba2 mencari jalan yang tak ada penghujung.kadang2 bercakap meraban ja.jawatan nak tapi tak tau wat keja,macam MP Temerloh gak la.geng UG bila bercakap tetap kearah UG gak.Wlaupun ayanhandanya menolak sekeras2nya UG ni.Lawk bila ustaz UG berkata ada pihak luaq yang cuba singkir presiden pas tu.Pihak mana tu?mosad,kgb,fbi,cia?Kalu tak ada fakta adalah tutup mulut,bila buka mulut nampak lak KEBODOHAN ustz ni.
ReplyDeleteNik abduh dn yang semasa dgnnya patut sedar yang menjatuhkn presidung hadi dn majlis syura Pas,bukan cubaan lagi,adalah pandangan2 dn tuduhaan bodoh dari mereka sndiri.
ReplyDeleteKeceluparan mulut yg berpaksikn fikiran dan akal yg cetik membuat mereka dipandang hina dn tk bolih dipecayai.
Bgaimana nk jadi pemimpin jika tiada integriti dn maruah?
Bukan saja parti dianggap tk berharga tapi kesucian agama juga diragui.
Mereka2 ini lebih berharga kpd perjuangan yg kononnya mau dimartabatkn dgn berdiam diri dn berdoa je blakang dapur.
Aku percaya apa yang nik abdoh bagi tauhu,peminpin dunia yang nak jatuhkan Hj.Hadi ialah presiden afriko,predisen monggoliar.presiden Antartika.presiden Antah berantah.Tunggu kau Hj,hadi
ReplyDeletex ramai yg berpandangan jauh.
ReplyDeleteAda baik nya pas pun kena ada pemilihan presiden bkn buat mcm bn ... Bn tu pa le jenis yg suka angguk dan wala... Wala yg perlu bertempat... Ramai dlm pas ni xboleh pakai terutama dr yg mengaku alim... Suruh depa tu pi bncg dgn mca kalau depa xminat dgn dap....
ReplyDelete