Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 6, 2014

Mohon maaf untuk PAS: Kan Aku Dah Kata?

Apa maknanya mohon maaf bagi segolongan pihak yang keras kepala dan angkuh?

Dari rentetan peristiwa apa yang berlaku dan telatah pemimpin PAS, rasanya mereka gembira sekiranya ditendang dari PR
Mereka tidak akan keluar dengan sendiri kerana sekiranya mereka keluar, sudah tentu mereka tidak ada modal untuk mempersalahkan orang lain!

Siapa Saari mohon maaf untuk PAS, tanya Dewan Ulama 
TMI - Published: 6 October 2014
Sebelum ini Adun Hulu Kelang Saari Sungib memohon maaf bagi pihak PAS, mendatangkan kritikan daripada Dewan Ulama PAS, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2014. 

Dewan Ulama PAS mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib yang memohon maaf bagi pihak parti Islam itu berhubung isu kemelut menteri besar Selangor.
Naib ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata Saari bukanlah orang yang layak mengemukakan permohonan maaf kerana beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam PAS.
“Siapa Saari mahu memohon maaf bagi pihak PAS? Adakah dia sebahagian dari kepimpinan parti? Tidak.
"Dia tidak patut berbuat demikian. Tidak mengapa jika dia dalam liga sama yang terdiri daripada pemimpin atasan parti," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
Saari dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada Sabtu meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk pemecatan.
"Saya tahu sesetengah dari anda masih marah kepada PAS. Jadi, mewakili PAS, saya mohon maaf kerana lambat membuat keputusan dalam isu calon menteri besar Selangor," katanya.
Mahfodz berkata tiada keperluan bagi PAS menyatakan permohonan maaf dalam isu menteri besar Selangor kerana ia sudah dibincangkan terlebih dahulu oleh pimpinan parti.
Katanya PAS tidak terburu-buru memutuskan siapa calon yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan segala keputusan dibuat dengan memerhatikan keadaan politik semasa.
"Dia akan menerima tindak balas daripada permohonan maaf itu. Mengapa PAS perlu memohon maaf atas apa yang dilakukan?
"Ia keputusan betul parti dengan memerhati perkembangan isu daripada membuat pertimbangan terburu-buru," katanya kepada akhbar berkenaan.
Mahfodz berkata keterujaan DAP atas keputusan Saari menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak sesekali memberikannya kuasa membuat keputusan bagi pihak PAS.
Katanya biarpun DAP menggelar Saari sebagai hero kerana sokongannya kepada Dr Wan Azizah, keputusan penting tetap dibuat pemimpin tertinggi PAS.
"Mereka gelar dia hero. Dia boleh jadi hero di mata mereka tetapi Saari tiada hak meminta maaf bagi pihak parti," katanya kepada NST.
Saari pada majlis makan malam DAP pada Sabtu meraih populariti di kalangan hadirin bukan PAS dan ucapannya seringkali mendapat tepukan gemuruh.
Beliau juga turut menerima pujian daripada pemimpin DAP pada malam itu atas tindakannya bersama 28 Adun PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid dan memberi sokongan majoriti kepada Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor.
Malah Naib Presiden DAP Teresa Kok turut dilihat menghadiahkan Saari dengan pokok buluh sebagai penghargaan atas keputusan menyokong Pakatan Rakyat meskipun menerima tentangan hebat daripada PAS.
"Dalam tradisi Cina, buluh simbolik kepada kelembutan dan integriti. Bagaimana tekanan pun, buluh hanya akan bengkok tetapi tidak patah," katanya sebelum memberikan pokok tersebut kepada Saari yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.
Saari dan dan Adun Morib Hasnul Baharuddin berdepan kemungkinan dipecat daripada PAS kerana menyokong DAP dan PKR sebelum pendirian rasmi parti Islam itu sama ada mahu menyokong atau menolak pemecatan Khalid.
Nasib mereka bersama parti Islam itu hanya akan diputuskan parti pada 12 Oktober ini. – 6 Oktober, 2014.

39 comments:

  1. Sejak bila pula pas ada kasta?mmg pas keras hati,tak mengaku salah dan silap, sentiasa betul org lain semua salah,welldone UG!!!

    ReplyDelete
  2. sbg seorang ahli Pas dan sebagai seorang Islam tidak berhak ke dia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:55

      Hak dia bergantung kepada apa yang dicakap dan kesannya kepada PAS dan Islam. Kalau apa yang dia cakapkan itu akan meletakkan imej buruk kepada Islam dia takde hak untuk menjatuhkan Islam. Begitu juga jika memberi kesan buruk kepada PAS selagi PAS ada kaitan dengan Islam.

      Kalau PAS tiada kaitan dengan Islam seperti MIC, lantak pi laaa hangpa. Boleh faham?

      Delete
  3. ulamak2 pas kan jenis manusia yg bongkak dan sombong,meteka ini sebaris ngan abu jahjal,takkan le nak mohon maaf pulak,tak payah le kau merapu pulak hai saari sun gip jadi barua ustaz2 pas nak mintak maaf pulak...b uat malu pas je le...kehkehkehkehkeh

    ReplyDelete
  4. sikap sombong riak tu pakaian Allah swt. brgsiapa yg memakainya akan kena azab nanti.

    sentiasalah mohon maaf atas kesilapan wlp tak ikhlas. apa yg penting kita dilihat memohon maaf. itu mainan hidup.

    dosa pada manusia hanya manusia shj yg dpt memaafkannya. perkara baik mcm ni pun nak kena meeting.

    klhaid yg korg sokong pun buat perjanjian berbilion ringgit dgn sekelip mata tak perlu meeting2.

    skrg sendiri malu sbb sokong khlaid org jahat sorok perjanjian air.

    ReplyDelete
  5. sombongnye mahfuz ni, patutlah pun klh bertnding naib presiden, sbg ahli x blh mohon bg phk parti, adekah mahfuz sja yg layak, pas skang ni dh tunggang langgang

    ReplyDelete
  6. Tahniah UG...mungkin ramai undi protes. Jgn pulak bila tak undi pas nanti dilabel munafik haraki pulak.... Keras kepala perlu diajar...

    ReplyDelete
  7. Ni sorang lagi ulamak bodoh sombong dan takabbur.Apa salahnya oarng bagi tahu untuk minta maaf sekadar stratiji untuk menjernihkan keadaan supaya jadi tenang dan damai.Apa kah Saari buat dosa besar ke.Tak faham aku dengan ulamak Pas ni.mereka ni langsung tak ambil sedikit pun teknik dan cara yang di lakukan oleh TGNA.Pergi mampuslah ulamak Pas .Aku ahli pas seumur hidup.

    ReplyDelete
  8. Aku tak tahu kenapa ,sejak akhir2 ni menyampah betul tengok muka Hj.hadi.nik Amar.Nik Abdoh.Nasarudin tantawi,Dr kahiruddin,sekatrnag ni tambah seokor lagi>Dr mahfuzzzzzzzzz pualak,aku ahli pas seumur hid,jangan cakap besar.undi dari akulah ,tanpa undi kami siapalah kamu semua ustaz haprak Pas.berjaya betul Umno memsukan jarum sialnya kedalah pas terutama dalam kumpulan UG

    ReplyDelete
  9. Apa BEZA diantara SETAN dikenali dgn SETAN jubah SARBAN yg sembunyi..

    SETAN2 dikenali
    ..tuduh LIWAT LIWAT
    ..LIWAT LIWAT
    ..KHIANAT
    ..FITNAH
    ..korup
    ..haramJADDAH!!!
    Diatas sume kesalahan & KEJAHATAN mrk mrk ssekali TIDAK akan berasa SALAH & TAK perlu MINTAK MAAF!!!!!!

    Slps br'UG
    SETAN2 sarban berSEMBUNYI pon,,
    ..Khianat tindih krusi watikah 2
    ..FITNAH pilkuda meloya TV3
    ..FITNAH auta-broker
    ..BELIT U-turn
    ..korup ESOS
    ..SOKONG Khalid ibrahim hampeh!
    ..last2 BARUA!!!!!!!!!!!!!
    ..BARUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    SETAN2 jubah sarban nih lg LIAT nak mamposss!!!..TAKDE maaf2!!!!

    itulah ularrrMAK2 tolol bahallol yg diwalaq oleh siTOYOL2 bahalol!!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum....hhhhmmmm munkin PAS lupa yang undi depa dulu sapadia?...bukan semua orang Islam...ada yang agama lain...pikiaq2 la sama...kalau la..T.G.N.Aziz masih jadi presiden PAS munkin tak jadi lagu ni....elok la...buat pemilihan lain dari yang dok ada la ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah.kah.kah.cik siti oi.terserlah ketoloan anda.komen daif maklumat dan pengetahuan serta tidak mengenali PAS jelas memperbodohkan diri sendiri.kwang.kwang.kwang.ketololan sama taraf dgn insan yg masih pelahap duit ehsan dari anak anak nyer.

      Delete
  11. Kenapa lempar batu n tangan tunjukkan pd orang lain? Siapa yg mulakan langkah yg sumbang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tugas force team adalah sama saperti pasma.mereka ini adalah pencacai upahan kepada anwar.macam sekor tu,pelahap wang ehsan dari anak anak.

      Delete
    2. Anon 4:09

      Ni sekor lgi mangkok. Cakap macam mabuk ketum. Cakap la terang-terang. Langkah apa? Siapa yang mula. Biar semua orang jelas dan paham. Kalau tak pasti takyah komen sehingga pasti. Nanti orang maki bodoh, nko terasa pulak.

      Delete
    3. Anon 1035.....jelas kebodohan melampau.agak agak ler.

      Delete
  12. Ulama islam apa mahfuz ni?
    Soalannya yg mengaku ulama dlm Pas tu sapa yg tauliahkn.Murid2 Pasti kah?
    Bolih tk ularma Pas ni bgitau yg tiap kali marhean islam baca doa lepas solat mohon maaf dn kebajikan dari Allah swt tu tiada mandat dn hak kah.....ni mohon dari Tuhan Yang Esa,bukan manusia tau?
    Adakh ularma saja yg layak dn bermandat?
    Ularma Pas bodoh sombong riak takabur!

    ReplyDelete
  13. macai pkr ni rupenya saling tak tumpah macam macai umno bila membuat komen yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkok 5:29..cakap biar jelas. Apa persamaannya.

      Kalau setakat nak bagi ayat sebaris aku pun boleh. Komen nko saling tak tumpah dengan yahudi laknatullah. Mengadu domba je

      Delete
    2. Tak kiralah macai PKR ke..macai UMNO ke...macai PAS yang beri komen kat sini sebenarnya sayang dan cinta lagi kat PAS, cuma yang tak cerdik politik adalah pemimpin2 PAS bertaraf ulamak yang kepingin nak tidur sebantal dengan UMNO.
      Rakyat marhaen sekarang tengah sibuk bekerja berhempas pulas untuk keperluan hidup akibat kenaikan kos sara hidup, perbelanjaan pendidikan anak2 dan tahun depan GST pulak, dengan itu merasa bosan setengah2 pemimpin PAS tidak berjuang atas perkara2 tadi. Yang dok sibuk wala'..wala'... siapa kamu?, kamu tak layak bercakap bagi pihak polan si polan...
      Usahlah mendakalkan pemikiran wahai pemimpin2 ulama PAS dikalangan rakyat marhaen yang memberi undi kepada PAS, kerana rakyat marhaen juga pada bila2 masa boleh berpaling dan membenci PAS.

      Delete
  14. PAS tunggu DAP dan PKR kata U get Lost

    ReplyDelete
  15. PAS tunggu DAP dan PKR kata U get Lost

    ReplyDelete
  16. Sudah sah PAS PArti Politik GAGAL.

    Hanya yang Bahalol saja tinggal dalam PAS.

    ReplyDelete
  17. Anonymous 3.09PM 6 Oktober

    Anda salah ' Mahfuz '. yang kalah bertanding naib presiden tu yalah YB Mahfuz Omar (kedah), yang buat komen mengenai YB Shaari tu Dr Mahfuz dari Johor. Dia kalah bertanding di Johor dalam PRU13 dan jawatan dalam pas kalau tak silap Timb Ketua Ulamak tu je. Mangkuk ni tak popular pun.

    ReplyDelete
  18. Ppas pis pus dgn kebonfkakannya...as

    ReplyDelete
  19. ooooppppssssss salah masuk blog, ingatkan mountdweller, tapi byk komen ada ciri2 ......... rottweiler ? sorry.

    ReplyDelete
  20. ooooppppssssss salah masuk blog, ingatkan mountdweller, tapi byk komen ada ciri2 ......... rottweiler ? sorry.

    ReplyDelete
  21. ooooppppssssss salah masuk blog, ingatkan mountdweller, tapi byk komen ada ciri2 ......... rottweiler ? sorry.

    ReplyDelete
  22. Anon 5:29

    Sokong PKR kau kata macai PKR? Sokong PAS maka macai PAS lah? Jauh lebih baik menjadi macai PKR yang dipimpin oleh manusia bijaksana dan faham sosial dan kaedah politik semasa dari menjadi macai PAS yang bodoh wal banggang yang diketuai oleh Ulama perenggus, lalok, U-turn, tikam belakang kawan, munafik, teringin nak kongsi harta rakyat dengan UMNO, mengkafirkan UMNO kemudian nak ber-UG dengan UMNO pula, pemuda yg mengaku ulama tetapi perangai macam anak Iblis, tidak tahu membela rakyat, tahu membangkang tapi bila diberi kuasa tak tahu buat kerja, mengaku ulama tetapi perangai dan percakapan macam Iblis sesat dan (tolong sambung)...........

    ReplyDelete
  23. Perghh aku perhatikan akhir2 ni ada ahli2 PAS ni begitu TAKSUB dgn Pemimpin mereka.seolah2 Pemimpin mereka ni Maksum.PAS NI DAH MACAM ARQAM plak.

    ReplyDelete
  24. Patut la tak pernah menang Di johor
    Riak rupanya mamat ni

    ReplyDelete
  25. Tunggu PRU 14 nanti. Sendiri buat kecoh orang lain yang dikata lambat.Rumahtangga sendiri bikin kalut salahkan orang lain. Lu sendiri kena ingat.bergayakah kita dengan rakan sebegini? elok ke orang yang begini?

    ReplyDelete
  26. Tunggu PRU 14 nanti. Sendiri buat kecoh orang lain yang dikata lambat.Rumahtangga sendiri bikin kalut salahkan orang lain. Lu sendiri kena ingat.bergayakah kita dengan rakan sebegini? elok ke orang yang begini?

    ReplyDelete
  27. Minta maaf pn kne ade kelayakan ulamak ke?ape la teruk sgt ulamak2 pas skrg ni..bongkak takbur ujub btl dh dorg ni..

    ReplyDelete
  28. Relax bro. Ulama PAS kan maksum. Confirm masuk syurga semua tu. Tengok ke jubah pun dah tau, ahli syurga :D

    ReplyDelete
  29. Islam sekular dan liberal punya hati yg mampu menghina ulamak.
    Saari Sungip memang terus menerus melakukan penghinaan atas ulamak. Dan akan terus begitu selagi tdk mahu ikut cara pas.

    ReplyDelete
  30. shaari sudah bersikap mulia.

    ust PAS yg jauh tkkan faham hati perasaan rakyat Selangor yg bukan islam.

    shaari cuba menjaga sokongan bukan islam kpd PAS. tp ust bodoh tu rasa sudah cukup hebat dgn serban dan kupiah saja.

    dia ingat "Allah bersama kita" tu blh jadi dgn sikap sombong dan bongkak. dok perasaan Allah bersama dia. walhal langsung tkmo teliti permasalahan di Selangor.

    sedangkan PAS Selangor pun tahu permasalahan di Selangor tp ust mahfoz ni buta hati riak sombong sumaah ujub dan takabur.

    itulah penyakit hati yg hinggap kat mereka yg sentiasa dicium tgn oleh penyokong hanya kerana mereka ust.

    rakyat hidup tertekan, GST TPPA dan kenaikan minyak sedang menghimpit rakyat. Projek KIDEX menyusahkan puluhan ribu rakyat Selangor.

    ust bebal ni ada faham ke masalah tu semua? tau ke apa itu KIDEX atau hanya tau Wala' .

    pemimpin PKR dan DAP tak pernah taksub merasa maksum sehingga mencipta konsep Wala tk berbelah bagi dalam parti mereka.

    kenapa dlm PAS ada Anwarinas tapi dlm PKR dan DAP tiada HADIRINAS atau NIK ABDUHRINAS?

    sebb penyokong PKR dan DAP tahu apa yg pemimpin seperti anwar sedang berjuang utk mereka.

    berbahagialah umno jika PAs berpecah, bukan kerana agenda barat , tapi kerana KEBODOHAN PEMIMPIN PAS YG MERASA EGO SOMBONG BONGKAK SUMAAH UJUB DENGAN JUBAH DAN SERBAN MEREKA.

    salahkah aku bercakap begini? tidak.. sebab Wala' Mutlak hanyalaha kepada Allah dan Rasul saw sahaja.

    sila PAS istihar cepat2 masuk umno kalau itulah hajatnya, apa nk selindung2 lagi. mcmlah rakayt ni lembu korban blh dibodohkan.

    jgnlah nk takut2kan rakyat dan penyokong dgn wala' kalau ulamak PAS sendiri tidak faham dan sudah buta kayu dpd memahami suara hati rakyat.

    silalah bersama umno, maka berjayalah agenda barat yg nik baduh maksudkan.

    ReplyDelete
  31. Tak perlu tungu kuasa kuar nak jatuhkan PAs...Pemimpin PAs sesama sendri pun dah cukup hebat & kuat utk hancurkan PAs..
    Pemimpin PAs bole ucap tahniah sesama sendri atas bijak sana masing2...dgn penuh brgaya mnghancurkan PAs...
    Dari isu MB selangor..sampai lah isu kuasa besar dunia...otak pemimpin2 PAs jauh lebih rendah dr Jkkk umno..

    ReplyDelete
  32. Abe

    PAS ni takde orang cerdik dan waras ke? Tak kedengaran langsung suara-suara mereka. Kalau ada macam takde, lebih baik berhenti je dari jadi pemimpin dan ahli PAS.

    Kang sampai masa nanti, hangpa pun kena balun dengan rakyat sama seperti pemimpin otak kemetot PAS yang sekarang ini berlumba-lumba nak tunjuk sape yg lebih bodoh. Hangpa ade teloq ka takdak?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa