Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 8, 2014

MP Naik Gaji: Dah Semua Setuju, Apa Nak Kepoh?

Kononnya kalau ada MP yang tak setuju
Rela ikat perut?
Nak cakap Anwar pun tamak gak?
Kalau aku jadi MP pun aku setuju!
Tapi adakah rakyat semakin lega dengan kenaikan harga petrol dan GST tahun hadapan?

Dalam PRU14 nanti akan berebut sakanlah nak jadi Calon dan MP

Shahidan: Anwar setuju MP naik gaji
mk - 4:55PM - 8 Oct 2014

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaiikan gaji para MP.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, menteri itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengancam pembangkang dalam isu tersebut.

"Saya tidak ancam pembangkang, kesemua pihak setuju dengna isu ini. Ketua pembangkang sudah bersetuju dengan perubahan gaji.

“Saya tidak ancam mana-mana pihak tetapi saya hanya menyampaikan persetujuan itu dalam cara yang baik,” katanya.

Dalam sidang media terdahulu, Shahidan berkata sekiranya terdapat tentangan ke atas usaha tersebut, cadangan kenaikan gaji itu akan dibatalkan.

Menurutnya, cadangan "perubahan" elaun tersebut secara dasarnya telah dipersetujui oleh Ketua Pembangkang dan MP Pakatan Rakyat yang lain.

"Jawatankuasa dewan yang dipengerusi oleh Speaker telah hantar cadangan kepada kabinet pada 2012.

"Kalau ada yang  bangkang kita takkan ubah dan lupakan terus perubahan gaji.

"Biarlah kita ikat perut...

"Pembangkang dan ketua pembangkang semua setuju perubahan gaji (dan) tambah peruntukan untuk pejabat dan pegawai penyelidik  mereka," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan merujuk kepada pendirian pembangkan ke atas cadangan untuk menaikkan gaji para MP pada 2012.

Bagaimanapun, para MP tersebut tidak menentang cadangan kenaikan gaji tetapi mahu ia disalurkan pada pegawai kajian untuk membantu mereka semasa perbahasan, katanya.

Katanya, jawatankuasa yang dibentuk di antara Pakatan dan BN bersetuju dengan kenaikan gaji dan mengemukakan cadangan kepada kabinet.

Shahidan yang juga MP Arau berkata beliau tidak mahu menggunakan perkataan "kenaikan" kerana akan memberi persepsi negatif dan menyebabkan rakyat marah.

Sebaliknya beliau meminta perkataan "perubahan gaji" digunakan oleh media untuk perkara ini.

Beliau berkata "perubahan gaji" itu tidak melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.

Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau turut bercerita mengenai seorang MP dari Uganda yang terkejut dengan gaji rendah MP dari Malaysia itu.

"MP mana boleh bawa balik duit. Tak pernah tengok MP begitu, Raya korban pun dah habis gaji. Sekarang lembu harga mahal," katanya.

4 comments:

  1. Bila harga barang dan perkhidmatan naik disebabkan oleh tindak tanduk kerajaan, bukan saja perubahan gaji MP saja perlu dilakukan tetapi ianya perlu dilakukan secara menyeluruh kpd semua yg digaji.

    ReplyDelete
  2. Shahidan la8n lah...Curut fia pun sebatang COHIBA Esplendidos pun dah dekat rm150. Satu kotak ada 25 btg, pun dah separuh gaji MP. Dia hisap sebulan 2 kotak. Duit gaji dia sebagai MP buat bakar je. Memang layak pun MP pembakang dapat kenaikan gaji sebab diorang bukan BAKOR duit RAKYAT tapi salurkan wang tanggung anakbini sedikit pada RAKYAT. Tu bezanya pemimpin Pembangkang dengan Pemimpin Barisan Nafsu(BN). Yg ambil kesempatan guna jet RASMI KERAJAAN ke DOHA sampai kos Rm400k dan pergi ke Indonesia untuk Urusan peribadi siap bawa pak Menteri takda kena mengena pun dengan Rakyat. Rakyat takda rasa bangga pun dengan Anugerah tu. Yg tu kenapa masih jawap pusing pusing Bapak Shahidan. JAWAP SAJA LAH BERAPA KOS YG BIG MAMA GUNA JET PERIBADI KERAJAAN UNTUK KE INDONESIA

    ReplyDelete
  3. Shahidan lain lah...Curut dia pun sebatang COHIBA Esplendidos pun dah dekat rm150. Satu kotak ada 25 btg, pun dah separuh gaji MP. Dia hisap sebulan 2 kotak. Duit gaji dia sebagai MP buat bakar je. Memang layak pun MP pembangkang dapat kenaikan gaji sebab diorang bukan BAKOR duit RAKYAT tapi salurkan wang tanggung anakbini sedikit pada RAKYAT. Tu bezanya pemimpin Pembangkang dengan Pemimpin Barisan Nafsu(BN). Yg ambil kesempatan guna jet RASMI KERAJAAN ke DOHA sampai kos Rm400k dan pergi ke Indonesia untuk Urusan peribadi siap bawa pak Menteri takda kena mengena pun dengan Rakyat. Rakyat takda rasa bangga pun dengan Anugerah tu. Yg tu kenapa masih jawap pusing pusing Bapak Shahidan. JAWAP SAJA LAH BERAPA KOS YG BIG MAMA GUNA JET PERIBADI KERAJAAN UNTUK KE INDONESIA

    ReplyDelete
  4. Putar alam untuk naikkan harga petrol...kalo setuju mcm sokong harga minyak naik...nie politik kurang asam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa