Tapi peliknya Ahli Politik sehinggalah Pakar pun buat ulasan juga
Inilah sebenarnya malaun ni nak!
Alvin Tan ‘terdesak’ minta bantuan, politikkan kes
Published: 8 October 2014 - TMI
Blogger seks kontroversi Alvin Tan angkuh, bongkak dan mempolitikkan kesalahan yang dilakukannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014
Sekali lagi penulis blog kontroversi Alvin Tan membuat onar dan mempolitikkan permasalahan yang dihadapinya.
Tindakannya meminta perlindungan daripada pihak asing dalam usahanya melarikan diri daripada undang-undang Malaysia menunjukkan beliau jelas terdesak, kata seorang ahli akademik yang juga penganalisis politik tempatan.
"Saya rasa dia (Alvin) cuba mengaitkan dengan politik supaya isu sebenarnya terpesong dan masyarakat akan memberi tumpuan kepada isu berbaur politik dan perkauman. Dengan cara ini, masyarakat akan mula mengabaikan isu sebenar yang dilakukannya," kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.
"Alvin mungkin mengetahui sukar untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang dilakukannya itu, jadi dengan menggunakan isu politik maka mudah untuk dia mendapatkan perlindungan daripada pihak luar,” katanya.
Licik dan angkuh
Licik menghilangkan diri setelah 4 kali gagal hadir ke mahkamah sehingga waran tangkap dikeluarkan terhadapnya, blogger yang nama sebenarnya Tan Jye Yee ini ternyata angkuh dan bertindak biadap menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Sebelum ini, Tan mengemparkan masyarakat dengan aksi kurang sopan bersama teman wanitanya, Vivian Lee atau nama sebenarnya Lee May Ling dengan mempamerkan gambar lucah, sekali gus melanggar adab dan budaya sebagai rakyat Malaysia.
Bukan itu saja, Tan dan Lee turut mempersendakan agama Islam dan Ramadan dengan memuat naik gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!)' serta memaparkan logo halal, sehingga mengundang kemarahan umat Islam.
Kedua-dua Tan dan Lee, yang menghadapi 3 pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan, diperintah menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.
Pada 18 Mei, kedua-duanya memperoleh pasport antarabangsa mereka bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura dan mesti menyerahkan kembali ke mahkamah sebelum 4 Jun. Namun, hanya Lee memulangkan semula pasportnya menyebabkan Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap terhadap Tan.
Pada 22 Ogos, mahkamah melucutkan hak jaminan RM20,000 terhadap Tan kerana masih gagal hadir ke mahkamah tanpa alasan munasabah selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Penulis blog itu dipercayai berada di Los Angeles, Amerika Syarikat berdasarkan lokasi terkini di laman Facebooknya dan status biadapnya yang menghina beberapa pemimpin negara serta mendakwa tidak gentar untuk didakwa menurut Akta Hasutan 1948.
Bukan isu politik
Tan, yang dilihat mencabar undang-undang negara, cuba mendapatkan suaka politik bagi menyelamatkan dirinya daripada diburu Interpol. Pada 28 September, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan akan memburu Tan 'sehingga ke lubang cacing sekalipun' ekoran kenyataan berbaur menghina dan mencabar pihak berkuasa.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata tiada ruang untuk Tan mendapatkan perlindungan suaka politik di negara lain.
Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat agar bersikap rasional dalam membuat pertimbangan berhubung isu itu serta tidak menyalahkan mana-mana parti politik kerana isu ini berkaitan dengan salah laku Tan yang bertentangan dengan norma perundangan.
Sivamurugan selain pemimpin Umno, pemimpin parti politik lain harus tampil menyatakan pendirian mereka dan sebagai tanda membantah perbuatan biadap Tan.
"Mereka (parti politik) perlu memberitahu masyarakat ini bukan isu politik atau perkauman tetapi jika dibiarkan ia boleh menjadi isu perkauman," katanya.
Seorang peguam, Siti Nor Syahidah Ismail berkata undang-undang negara sudah cukup baik untuk membenarkan Tan memegang pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura.
Beliau berkata, Tan menyalahgunakan kelonggaran dan ihsan mahkamah untuk melarikan diri dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan undang-undang Malaysia.
"Jadi, Alvin tidak boleh menyatakan undang-undang Malaysia teruk atau 'biased' (berat sebelah) kerana dalam hal ini, sudah ada kelonggaran dan ihsan mahkamah membenarkan beliau ke luar negara," katanya.
Dalam hal ini, Siti Nor Syahidah berkata Tan merupakan individu paling rugi kerana kes beliau masih belum dibicarakan dan hanya baru sebutan.
"Saya kira beliau masih lagi seorang yang boleh memegang 'presumption of innocence' (hak dianggap tidak bersalah). Tetapi beliau sudah melarikan diri ke luar negara, ini menutup peluang untuk beliau membela diri dan mendapatkan keadilan di negara sendiri," katanya.
Kesatuan Melayu
Sementara itu, Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (Pengkaji), sebuah badan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan insan dan penyelidikan dalam bidang ekonomi, sains politik, keagamaan, komunikasi, kemasyarakatan, kebudayaan dan keusahawanan, menyifatkan Alvin sebagai individu yang sengaja mencabar kesatuan orang Melayu.
Presidennya Halmi Yusoff berkata, Tan dilihat sengaja menguji tahap kesabaran orang Melayu sehingga berani mempermainkan hal berkaitan agama Islam.
"Hari ini Alvin sengaja menyentuh kepimpinan kerajaan memperlihatkan dia (Alvin) tidak mempunyai semangat dan jati diri sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Jika inilah sikap sesetengah golongan, bagaimana hendak membina semangat patriotisme di kalangan masyarakat?
Halmi berkata, pendidikan di awal persekolahan serta peranan institusi kekeluargaan amat penting untuk menerapkan rasa sayang dan cintakan tanah air.
Dalam isu ini, katanya kerajaan perlu menggunakan pendekatan dan saluran tertentu untuk segera menahan Tan kerana bimbang kemungkinan ada pihak yang cuba menjadi 'dalang' di sebalik isu ini.
"Jika benar ada 'dalang' di sebalik apa yang berlaku ia harus dibawa ke muka pengadilan supaya masalah ini tidak terus berlarutan kerana isu ini melibatkan agama, bangsa dan negara," katanya.
Teliti maklumat
Mengulas tindakan keji Tan, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata ini bukan kali pertama Alvin bertindak biadap malah beliau terlalu berbangga dengan apa yang dilakukannya.
"Saya yakin negara kita mempunyai undang-undang sedia ada yang cukup untuk mengadili beliau. Sekiranya kita mempunyai Akta Keharmonian Nasional, saya pasti beliau ternyata melanggar undang-undang tersebut," katanya
Chong menggesa golongan belia supaya lebih bersederhana dan mengambil sikap ingin tahu untuk mencari kebenaran, bukan hanya mengambil maklumat di laman media sosial secara membabi buta.
"Bukan hanya golongan belia malah masyarakat perlu tahu setiap kritikan itu mungkin mempunyai motif jahat dan kita jangan mudah terpedaya serta dikuasai oleh golongan ekstrem dan negatif," katanya.
Chong berkata, setiap masyarakat mesti menjaga nama baik Malaysia dengan tidak melakukan tindakan atau perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara. – Bernama, 8 Oktober, 2014.
yang pasti budak Alvin Tan ini ada kualiti otak lebih baik dari Presiden PAS...
ReplyDeletejangan pandang kecil masalah yang di buat nya tetapi cara Alvin Tan cuba selesai kan masalah dia , adalah lebih bijak dari parti politik PAS.
mungkin jika ber Serban , Alvin Tan boleh jadi calon ulamak dalam PAS !
siapa hang ni nak samakan org islam dengan orang kafir....
Deleteaku rasa suatu hari hang akan melutut di hadapan seorang ulama atau ustaz...
kerana kejahilan dan kejahatan hang yg lalu...
Wonderful beat ! I would like to apprentice while
ReplyDeleteyou amend your web site, how can i subscribe for a blog
web site? The account aided me a acceptable deal. I had been a little bit acquainted of this your broadcast offered bright clear concept
my page - Discover More Here