Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 10, 2014

Nancy Shukri: Apa Yang Boleh Kita Pelajari......

Apa yang kita boleh belajar dari penjelasan Nancy Shukri
Published: 10 October 2014
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengeluarkan kenyataan berikutan kemarahan rakyat kerana tiada tindakan diambil terhadap Ibrahim Ali, tetapi menolak tanggungjawab tersebut mengatakan ia bukan keputusannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2014.

Ya, tiada sesiapa patut marahkan Nancy Shukri kerana jawapan bertulis yang diberinya berhubung tiadanya tindakan diambil terhadap ugutan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu.
Itu bukan keputusan dia. Tugasnya sebagai menteri undang-undang hanya menjawab soalan berkaitan undang-undang, yang sesetengahnya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi, ada beberapa perkara yang kita boleh pelajari dari kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang dikeluarkan malam tadi berikutan kemarahan rakyat terhadap keputusan Putrajaya tidak mendakwa Ibrahim.
1. Apabila dalam keadaan tertekan berkaitan pendakwaan, Nancy akan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Lagipun, memang jabatan itu yang memegang kuasa tertinggi membuat keputusan berhubung pendakwaan, kalau kita belum tahu lagi fakta ini.
Ya, kita tahu. Pejabat itu masih sebahagian daripada kerajaan, iaitu bahagian eksekutif kerajaan. Tetapi itu tidak bermakna tanggungjawab itu terhenti di situ. Kerajaan harus bertanggungjawab juga, bukan jabatan peguam negara sahaja.
2. Bible versi Melayu haram di seluruh Malaysia dan boleh dibakar, sebab kewujudannya membuktikan adanya usaha menyebarkannya kepada orang Islam, yang semuanya boleh membaca dalam Bahasa Melayu, dan ia tidak sah mengikut undang-undang.
Kenyataan Nancy mengesahkan yang jabatan peguam negara tidak mendakwa Ibrahim kerana membuat ugutan membakar Bible bahasa Melayu berdasarkan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang agama lain disebarkan kepada orang Islam.
Jadi, kita tahu sekarang yang Bible berbahasa Melayu, walaupun jelas tercatat 'Bukan untuk orang Islam', masih dianggap usaha menyebarkan agama lain kepada orang Islam menurut undang-undang. Dan ugutan untuk membakarnya tidak menjadi masalah dan dibenarkan oleh undang-undang.
Bagaimana pula dengan pelan 10 perkara Barisan Nasional (BN) yang mengatakan Bible itu boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia? Tidakkah ia dianggap penyebaran agama kepada orang Islam di Sabah dan Sarawak?
Adakah janji BN itu melanggar Perlembagaan Persekutuan?
3. Nancy yakin jawapan yang diberinya cukup baik tetapi ada yang tidak gembira dengannya kerana petikan jawapannya disiarkan tanpa sebarang konteks yang ada pada jabatan peguam negara mengikut undang-undang.
Nancy menganggap jawapannya disiarkan hanya separuh jalan, kerana itulah ia mengundang persepsi negatif di kalangan mereka yang kurang faham dengan proses undang-undang.
Terima kasih kerana memandang rendah kepada rakyat Malaysia, wahai menteri.
Tidak. Rakyat kecewa, marah dan tidak gembira kerana seseorang mengugut membakar kitab suci, tidak kira apa bahasanya, tetapi tiada tindakan diambil terhadapnya.
4. Nancy mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batang Sadong pada 2008. Dia menjaga rakyat di kawasannya dengan baik tanpa mengira latarbelakang agama dan kaum mereka.
Rakyat beragama Krsitian di kawasannya menerima darinya layanan yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan mereka, seperti yang dapat dilihat dari jumlah rumah ibadat yang dibina dan dijaga sejak beliau dipilih. Mereka yang beragama Hindu juga turut dibantunya.
Kami pun harap begitu juga. Mereka ini semua rakyat Malaysia. Adakah beliau cuba mengatakan yang ahli Parlimen BN lain tidak begitu? Yang ahli politiklah yang memastikan ini semua terjadi, dan bukannya perkhidmatan awam?
Sekali lagi, adakah beliau cuba membezakan antara pemimpin politik dan perkhidmatan awam? Begitu naifnya kita kerana menyangka kedua-duanya adalah kerajaan.
5. Oh, dan Nancy juga dapat merasakan dan memahami ketidakpuasan hati penganut agama lain berhubung jawapannya yang dikatakan "konteknys sengaja disalah laporkan", terutamanya kerana beliau dibesarkan di dalam satu keluarga berbilang agama dan di Sarawak, di mana masyarakat dengan etnik dan agama berlainan boleh hidup bersama dengan harmoni.
Tidakkah sesuatu yang menghairankan apabila Sarawak mengharamkan Ibrahim masuk ke negeri itu?
Adakah beliau terfikir kenapa ramai yang marah apabila tiada pendakwaan dibuat terhadap ugutan Ibrahim? Adakah beliau merasakan jabatan peguam negara buat silap?
6. Ya, Nancy menyalahkan pembangkang kerana menjadikan jawapan beliau itu modal politik mereka.
Kerana pembangkang menggunakan media sosial menyebarkan berita yang ada kesan negatif terhadap kerajaan. 
Kerana ini cara yang baik mengalih pandangan pembangkang terhadap masalah dalaman mereka atau masalah di negeri yang mereka perintah.
Sudah tentu, jawapan Nancy itu golnya sendiri. Sekurang-kurangnya kamu tahu ia boleh mendatangkan persepsi negatif terhadap kerajaan yang tiadanya tindakan diambil atas seseorang yang mengugut untuk membakar Bible, tidak kira apa bahasanya, akan membangkitkan kemarahan.
Tetapi, kamu tidak mahu berbuat apa-apa tentang perkara itu, kerana undang-undangnya begitu dan jabatan peguam negara sudah melakukan kerja mereka dan memutuskan tiada kes terhadap Ibrahim.
Nancy tidak boleh disalahkan dalam hal ini. Ini salah kita sendiri kerana tidak faham undang-undang. Ini salah pembangkang kerana menggunakan jawapannya untuk kepentingan mereka.
Ya, kita semua salah. Ibrahim betul apabila dia mengugut hendak membakar Bible. Ini Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan. Sekian pelajaran untuk hari ini. – 10 Oktober, 2014

3 comments:

  1. Apa akan terjadi jika pemimpin NGO pro pembangkang yang buat ugutan begitu ..?

    lu fikir la sendiri....!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:44

      Tak payah buat andaian bila kita buat benda tak elok, orang pun akan tiru kita. Ini logik bahalol wal banggang!

      Hakikatnya takde NGO pro pembangkang yang buat apa Berahim Ali buat. Yang kamu patut tanya mengapa Berahim Ali buat dan menyusahkan UMNO dan kamu. Sehingga kamu kena tunjuk bangang nak pertahankan UMNO!

      Kamu patut pi ghamai marah dan maki kat Berahim dan NGO-NGO UMNO yang dok membusukkan nama UMNO dan menyusahkan kamu.

      Delete
  2. Kenapa tidak tuduh perkatak kambing hitam umngok diibawah undang2 lain yang sah digunapakai dalam negara seperti kanun keseksaan dan undang2 am.sah lah perkatak cuma kambing hitam ni yang dilindungi kerana haiwan ni semakin pupus.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa