Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 10, 2014

Brehim Ali: Putrajaya Dah Mula Main Bola Daa....!

Main bola ker main wayang tak tahulaa.....
Aku pun tak berapa paham langkah silat dan pencak dia orang ni!
Akhirnya pengguna media sosial pula yang salah

Peguam Negara yang buat keputusan dalam kes Ibrahim Ali, kata Nancy Shukri 
TMI - Published: 9 October 2014
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menyalahkan pengguna media sosial dan pihak 'tidak bertanggungjawab' kerana menyebarkan artikel yang hanya memetik sebahagian daripada jawapannya di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014. 

Nancy Shukri menjawab kritikan ramai malam ini kerana Putrajaya tidak mendakwa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar Bible, dengan mengatakan itu merupakan keputusan Jabatan Peguam Negara dan menyalahkan pembangkang menjadikannya modal politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyalahkan pengguna media sosial dan pihak “tidak bertanggungjawab” kerana menyebarkan artikel yang hanya memetik sebahagian daripada jawapannya di Dewan Rakyat.
“Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya memetik sebahagian daripada jawapan penuh sehingga menimbulkan salah tafsiran dan salah faham terhadap maksud sebenar yang dikemukakan," kata Nancy dalam satu kenyataan malam ini merujuk kepada jawapan bertulis beliau kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng (DAP) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Nancy berkata, keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak melakukan pendakwaan terhadap Ibrahim adalah selepas meneliti konteks ucapan yang dibuat dan berlandaskan kepada semangat dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung sekatan pengembangan agama lain di kalangan penganut agama Islam.   
"Keputusan untuk tidak mendakwa (Ibrahim) diambil selepas menimbang hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes tersebut," katanya. 
Nancy berharap rakyat dapat melihat ketelusan kerajaan dalam mengendalikan proses perundangan serta bertenang dan tidak membuat kenyataan atau perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengguris perasaan masyarakat majmuk di negara ini.
Menurut menteri dari Sarawak itu, keputusan sama ada hendak mengemukakan pertuduhan ataupun tidak dibuat berdasarkan keterangan dan fakta kejadian tanpa mengambil kira latarbelakang agama, kaum atau kecenderungan politik. 
Menteri penggal pertama itu berkata, keputusan dibuat dengan adil dan tidak memihak kepada sesiapa dan berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya.
Kumpulan Kristian terbesar hari ini melahirkan kebimbangan dengan tindakan Putrajaya kerana tidak mahu mendakwa Ibrahim yang mengancam untuk membakar Bible, mengatakan ia seperti memberikan "lesen" kepada ekstremis untuk mengancam agama Kristian dan agama lain di Malaysia.
"Bagi pihak penganut Kristian di Malaysia, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) marah apabila ancaman membakar kitab suci Bible dianggap sebagai tindakan untuk mempertahankan Islam.
"CFM merasakan pendirian ini tidak bertanggungjawab dan seperti memberikan 'lesen' kepada kumpulan ekstremis untuk berbuat sesuka hati, bukan sahaja kepada penganut Kristian tetapi kepada komuniti lain yang bukan Islam," kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam media melaporkan Nancy berkata Putrajaya memutuskan tindakan Ibrahim mengancam membakar Bible hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam, dan tidak berniat menggugat agama lain.
"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.
"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan bertulis Parlimen itu. – 9 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa