Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 8, 2014

Pada Aku Bukannya 'Mentaliti Terkepung' Tetapi 'Terkurung'!

Retorik Ahli Parlimen Pasir Mas bagi memupuk siege mentaliti?
Pasukan theantdaily

TINJAUAN: Ketika Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas daripada veteran politik Malaysia Datuk Paduka Ibrahim Ali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, ramai yang teruja kerana anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini bakal mewarnai kancah politik negara selaku salah seorang bakat baru yang ditampilkan Pakatan Rakyat.
Bersama-sama beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Nasruddin Hassan (PAS), Rafizi Ramli (PKR), Mohd Ariff Sabri dan Zairil Khir Johari (DAP) yang turut mengangkat sumpah buat penggal pertama di Dewan Rakyat, Nik Abduh diharap mampu mencetus pemikiran segar yang menyebabkan Ibrahim Ali tumbang di kubu kuatnya.
Dewasa ini, Nik Abduh bagaimanapun lebih dilihat antara  tokoh yang banyak mencetus kontroversi di dalam gabungan pembangkang itu.
Beliau didakwa salah seorang pemimpin PAS yang menyokong muzakarah dan juga kerjasama antara PAS dan parti Melayu UMNO jika dilakukan tanpa agenda tersembunyi.
Di dalam kenyataan kepada bnbbc.my 28 November tahun lalu mengenai isu tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia Malaysia (COMANGO) Nik Abduh menyokong agar isu berkenaan dijadikan langkah pertama bagi menjurus ke arah muzakarah itu.
Terbaru, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mendakwa pendirian konsisten parti tersebut bagi menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa bagi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama PAS.
“Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya,” ujar Nik Abduh yang disiarkan laman berita Harakahdaily.
Beliau mengulas kemungkinan terdapat serangan yang dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman PAS kerana tidak mahu parti itu menjadi kuat lantas mendominasi Pakatan Rakyat.
“PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam.
“Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam,” katanya.
Nik Abduh turut berkata pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang di Malaysia seperti mana peranan yang dimainkan Umno.
“Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan” dakwa beliau.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyeru ahli PAS agar menyedari ancamaan tersebut.
Kata Nik Abduh, Majlis Syura Ulama diserang kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.
“Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS,” jelasnya.
Kenyataan terbaru Nik Abduh ini sebenarnya dilihat satu usaha memupuk “siege mentaliti” (mentaliti terkepung) di kalangan ahli PAS agar fraksi ulama kekal berkuasa ketika berdepan kebangkitan golongan profesyenal. Di dalam politik, amalan sebegitu sudah biasa diperhatikan kerana perkataan yang digunakan Nik Abduh tidak asing di Malaysia: konspirasi, Barat dan musuh.
Namun, beliau harus menampilkan bukti bahawa ancaman ke atas kelompok ulama di dalam PAS benar-benar didorong serta ditunjangi faktor luaran, dan bukannya disebabkan gelagat pimpinan PAS sendiri.
Contohnya sebelum PRU13, PAS mencetus kontroversi apabila menghalang calon-calon yang telah dipilih Pakatan Rakyat bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Sungai Aceh, Bukit Besi dan Seberang Takir.
Langkah tersebut ditempelak pelbagai pihak kerana pimpinan PAS bertindak tanpa sebarang bukti kukuh bagi menidakkan pencalonan beberapa individu yang tidak persetujui parti Islam itu.
Kemudian, selepas Datuk Nik Abdul Aziz mengundur diri daripada menerajui Kelantan, kumpulan ulama dalam PAS didakwa menggugurkan Datuk Husan Musa daripada pentadbiran kerajaan negeri sedangkan ADUN Salor itu merupakan antara tokoh yang disegani di peringkat nasional.
Di dalam episod penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula, pimpinan PAS dilihat mengambil pendirian bagi menyulitkan keadaan dengan melengah-lengahkan keputusan menggantikan Khalid.
Namun sekiranya benar terdapat unsur-unsur jahat bagi memastikan golongan ulama termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura di dalam PAS diketepikan, Nik Abduh perlu menampilkan bukti yang lebih meyakinkan.
Ini kerana retorik tanpa bukti tidak akan menjadikan anak Mursyidul Am PAS itu dianggap salah seorang pemimpin muda yang  memiliki kredibiliti di mata para pengundi.
siege mentaliti a defensive or paranoid attitude; a state of beingoverly fearful

Inilah akibat dari rasa rendah diri kerana merasa diri kekurangan berbanding orang lain!
Mampukah orang yang punya sikap dan perasaan begini memimpin?

21 comments:

  1. Abe

    Artikel ini pun konfìus dengan perangai Nik Abduh. Takde siege mentalitylah pada Nik Abduh.

    Yang ada ialah bakat politik sifar. Kepimpinan takde kerana jika kita lihat jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, kita tidak nampak apa-apa yang menyerlah yang beliau lakukan.

    Tindakan-tindakan mutakhir ini l3b8h kepada gong dari kepintaran berpolitik. Lemah membaca suasana politik negara. Baca politik dunia lagi la out.

    S3benarnya Nik Abduh ini lebih layak menjadi ustaz di Sekolah milek keluarganya di Pulau M3laka. Nak jadi mudir sekolah itu pun dok rok.

    Yang kita bimbang, Nik Abduh ini telah diguna dan diumpan ol3h puak UG Ganu dengan diberi jawatan AJK PAS Pusat dan MP Pasir Mas sebagai strat3gi untuk meminggirkan TGNA dari arus perdana kepimpinan PAS.

    Nik Abduh diguna untuk mengawal maklumat dan hubungan dengan orang luar dari sampai kepada TGNA. Nik Abduh juga diguna untuk meyampaikan maklumat-maklumat tertentu ( misimformation) mengikut selera UG.

    Ambo tidak tuduh tetapi melahirkan rasa bimbang jika itu peranan Nik Abduh yang beliau sendiri tak sedari - tak disedari dirinya dipe4gunakan oleh orang lain untuk sesuatu tujuan.

    Kalau TGNA tidak dikawal, maklumat sebenar kepada ditapis, misimformation disuap kepadanya - tak munasabah kita lihat TGNA begitu blur dalam s3tiap isu dan bergantung kepada maklumat TGHH atau Mustafa Ali ( baca: org lain) semasa m3mbuat kenyataaan dalam isu MB Selangor dulu.

    ReplyDelete
  2. bat8

    Itulah sebabnya abe kata 'minda terkurung'

    Tidak ada isi dan tidak ada usaha nilai tambah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa beza nya dengan mentaliti admin.terkurung bersama kuncu kuncu nya.tak habis habis dengan isu isu meremehkan.blogger lain dah menjana isu lain tapi blogger force team nie madih dgn isu isu laga melaga.patut ler tengok muka dan kopiah semacam jer.mengadu domba ada lah pegangan admin.mungkin ini ler yg diasuh sedari kecil.sempitkan lagi dunia anda bersama sama dgn kuncu anda.biar rasa hebat walau sekadar hebat mematuk keyboard.

      Delete
  3. Nik Abdoh sedar dan bimbng sekiranya Hj Hadi terpinggir seluruh kumpulan UG akan terpinggir dengan sendirinya.itulah sebabnya isu ini di ceritakan untuk memintah sedekah simpati dari rakan rakan pas yang lain.

    ReplyDelete
  4. Anon 7:24 AM

    Anda telah meletakkan nilai pada tempat yang salah!

    Kalau pun pada penilaian anda minda saya terkurung, namun siapalah saya. Saya bukan dianggap seorang pemimpin sebagaimana yang anda angkat Nik Abduh!

    Saya bukan pemimpin yang luas mulut tapi sempit fikiran. Saya dipimpin oleh buku-buku yang membuka ruang otak saya menerima Oxygen secukupnya untuk berfikir dan menilai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nak tgk tu lah dia jenis UG..

      Delete
    2. Kih.kih.kih.sorry bro.....terkurung nya minda anda bersama sama kuncu kuncu boleh dilihat dgn jelas.biar apa pun alasan anda,itu hanya dalih penyedap minda dan hati syok sendiri.penyinggahan saya hanya sekadar singgahan menyanggah walaupun agak sepi dari singgahan ramai.saya percaya blog syiok sendiri ini amat membosankan.isu yg diutarakan tiada langsung unsur pengembangan minda.kemon bro.jgn jadi blogger syiok sendiri.nampak saperti kembar nya utusan,berita harian,kosmo.wake up bro......

      Delete
    3. Apa lah bengap mamat ni.. tulisan pun kelam kabut. bahasa berpintal pintal.. hujah kosong.. nak komen blog orang.. cara mamat ni cakap macam budak tak sekolah... ni lulus pondok mana ni.. atau takat habis belajar kat pakistan.. buat kerja rumah dulu sebelum mengomen.. kalau tak kena kutuk macam nik abduh tu.. pendek akal..

      Delete
  5. Nik Abduh telah keluar dr kerangka sempit pemikiran politik dgn melihat sesuatu isu dua atau tiga langkah terkehadapan. Jika PAS lemah maka tiada lg parti yg sanggup perjuangkan Islam. Ini yg dilihat oleh musuh musuh Islam termasuk UMNO. Lantaran itu pendukung parti itu harus dilemahkan termasuk memperlekehkan buah fikiran. Ahli PAS mesti istiqamah termasuk menyokong kepimpinan yg dilantik.
    Ahli PAS menyedari bahawa dlm PAS tidak kempen utk dilantik dlm kepimpinan, melainkan perlantikan adalah atas kehendak ahli. Berbeza dgn UMNO yg menawarkan diri utk dilantik menjadi pemimpin, sesuatu yg bertentangan dgn Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8:12

      Laaa.....pagi-pagi dah merapu. Kalaulah Nik Abduh ni berpandangan jauh dia takde la merepek dan merapu dengan menimbulkan isu-isu tak masuk akal. Sejak menjadi MP Pasir Mas apakah idea-idea yang futuristik untuk membangun negara yang telah dilontarkan di parlimen. Inilah forum terbaik bagi seorang yang visionary untuk mengemukakan gagasan besarnya.

      Seingat aku tak pernah dia berucap di parlimen. Aku pun tak ingat jika dia ada menghantar sebarang soalan untuk dijawab ol3h kerajaan.

      Kamu pun sejenis dengan Nik Abduh. Tongkol kayu kamu kata rekaan makhluk angkasa lepas - itulah bandingan pemimiran kamu dan Nik Abduh.

      Delete
    2. bat8... sy sokong..

      Delete
  6. “Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya,” ujar Nik Mini Cooper.

    Kuat sangat kah PAS ini hingga musuh Islam antarabangsa pun mahu menjatuhkanmya? Berpolitik setengah abad pun baru dapat menguasai Kelantan itupun nyawa-nyawa ikan? Bagi kuasa besar dunia seperti US dan Russia, mereka tidak heran, gentar atau takut langsung dengan idealogi politik seperti PAS, yang mereka takutkan adalah kekuatan ekonomi dan persenjataan. PAS ada semua itu? Kalau nak harap ekonomi maka semuanya nak ber-UG dengan UMNO bagi mengutip saki-baki harta rakyat yang tinggal untuk kesenangan anak menantu. Bagaimana pula dengan ketenteraan dan persenjataan? Mungkin yang handal hanya seorang sahaja iaitu Ust Mokhtar Senik sebab sewaktu menyertai Al-Maunah dahulu mungkin beliau biasa menembak buah durian di dalam dusun durian di Sauk sebelum dilanyak cukup-cukup oleh pihak pasukan keselamatan. Lemah otak begitu pun nak lantik jadi pemimpin? Memang dasar golongan Konservatif yang tiada nilai tambah dan nilai ekonomi di dalam negara. Munafik jenis apakah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong 1Crony ! cuma nak tambah racun sikit .
      .
      Aku orang lama dlm Pas sejak zaman Dato Asri Muda dan terlibat sama menghalau beliau keluar Pas di Mesyuarat Agong Pas di Dewan Bahasa & Pustaka 1982.

      Ustaz2 Pas zaman itu merasa tersangat malu utk menamai diri mereka sebagai Ulama , kebanyakan ustaz tersebut produk timur tengah .

      Ulama pada perkiraan Pas zaman itu tertumpu kpd nama2 besar seperti Al Ghazali dgn kitab Iyak Ulumudin , Jamalluddin Al Afghani dan ramai lagi yang telah mengarang berjilid kitab.

      Puak2 Ustaz dlm Pas tak ada rasa malu mengelar diri mereka Ulama berbanding nama 2 yg telah disebut.

      Ustaz Pas atau UMno jgn sombong bodoh konon mereka ni Ulamak.

      Berepa jilid telah mereka.terbitkan kitab mereka. Kalu jadi Ulamak duk buat rujukan kitab Ulamak lain - itu bukan Ulamak

      Cermin diri dulu sebelum menamakan diri sebagai ulamak .


      Ulama Hakiki - Hidup Seadanya - Berakhlak Mulia - Tunduk Bila.Berjalan - Santun Ucapan / Tulisanya - Bermaruah Keluargamya

      Sendri Mau.Ingat !



      Delete
  7. Nik Abduh tiada nilai ekonomi dan Politician GAGAL.

    Kekurangan ilmu dan GAGAL menjadi pemikir , dengan sendiri GAGAL menaik kan nilai ekonomi diri nya.

    GAGAL tambah nilai kepada Rakyat baik dalam PAS atau sebagai MP di Parlimen , mengakibat kan jadi inferior dan penakut.

    Buat habis cukai rakyat saja bayar gaji elaun MP.

    Ini nak salah kan orang lain sebab sendiri bahalol.

    Apa kah sama orang orang bahalol dalam kumpulan orang orang bijak pandai ? Tak sama , malah orang bahalol boleh jadi pandai.

    Tetapi bila orang orang Bahalol makan tidor sama orang yang bahalol , tiada akan berubah kualiti IQ otak nya. Ini adalah PAS.

    Itu saja. Nka tunjuk gaya Ulamak tapi Otak ZERO !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sitolol lagi bahlol akan memfitnah yg lain itu bahlol demi menutup diri nya tolol lagi bahlol.tak gitu.

      Delete
  8. Bagi saya sesiapa saja yang bercutacita mahu betgabung dengan hamno memang macam biawak pemajan bangkai.....geng UG ni bercakap seolaholah hamno dan seluruh dunia mencemburui kekuatan dan pengaruh kuasa luar biasa mereka PIRAHHH merapu. Kalau betul ahli majlis syura berpengaruh biarlah jawatan itu dipilih secara undi sulit oleh ahli PAS...jangan dilantik oleh Presiden. Kita nak tengok Din Ayam kena sembelih tak. Al Takiri kena takek tak......jangan perasan la bro....Kalau biar ahli pas pilih presiden secara demokrasi hadi awang pun kecundang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul,si berkonsensus nasional memang bewak pembangkai.

      Delete
  9. Anon 8:09 PM

    Tak apala bro.....mereka nak luah perasaan. Sekurang-kurangnya kita boleh nilai tahap pemikiran mereka dan jenis yang macam mana penyokong tegar mereka. Inikan nilai tambah juga...dok gitu bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.admin senada dgn.anon 809.berpintal pintal.....nah..jelas sekarang siapa yg bahlol@tolol.semudah ayat gagal difahami.jelas sitolol menyokong sibahlol.kesian...mempertikaikan kelayakan akademi orang lain,jelas mempamirkan ketololan diri sendiri yg naif lagi daif ilmu.kesian sungguh.aku cadangkan korang mengeja,menghafal serta cuba memahami sambil berkamus.mungkin skit lebih dari tolol dan bahlol.mungkin bangang ler tu.

      Delete
  10. Anon 10:28 PM

    Kamu ni tak lekang dengan tolol, bahalol, tolol pula, kemudian bahalol dan tolol pula.... Apa sebenarnya kamu nak bicarakan ini? Atau kamu nak beri tahu semua orang bahawa kamu lahir dari pantat lembu menerusi permanian beradas bapa kamu dengan lembu, maka lahirlah anak yang seperti kamu yang hanya boleh tulis tolol dan bahalol.

    ReplyDelete
  11. Monkey Shooter

    Tak apalah...saya nampak dia ni ada masalah 'mental confusion'

    Bila pulak saya soalkan akademik orang lain?

    Bagi saya kalau yang tak lulus PMR pun kalau dia suka berfikir otaknya akan terisi, cuma jauh dengan tidak jer!

    Tapi yang berkelayakan Phd. dan professor pun kalau otaknya taraf kangkong, maka kangkong juga laa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa