Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 7, 2014

Kecewa dengan sikap pemimpin tertentu: Tamrin Keluar PAS?

Tamrin Ghafar Keluar Pas?

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini? (SH 07/10/2014)

16 comments:


  1. dapat kekayaan dari umno, dah kaya lari masuk HAMPas dapat habuk tak tahanlah tu, apa ke hel ni dalam habuk tak sapa nak respek ker? dah tua perangai serupa budak mentah nak berpolitik katak lompat ini manusia tak ada pendirian, baik mati jer......

    ReplyDelete
  2. Sdr anon... Berilah ulasan politik yg lebih adil... Alasan lapok ini tidak membina minda malah mybbkan org meluat dgn pas...

    ReplyDelete
  3. Kami dulu pon bersama-sama PAS , tapi sejak kes bertanding kawasan bertindih dengan hak parti lain , kemudian main wayang dalam PR , kemudian tikam rakan dalam PR , lepas tu baruakan ahli yang menyokong rakan dalam PR , masuk campor urusan parti lain secara keterlaluan . Jadi kami mengambil keputusan untuk PRU akan datang tiada lagi PAS di Selangor.

    ReplyDelete
  4. Quality posts is the important to invite the people to visit the site, that's what this web site is providing.


    my site Las Materias Para Construccion

    ReplyDelete
  5. kemungkinan besar umno akan dpt menguasai selangor semula kerana pemimpin2 muda selangor sekarang hebat2 dan setanding Tun Mahathir....pr gerenti hilang wang deposit pru 14 ini!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu lagi contoh Nik Abduh versi UMNO. Bila te4jumpa tongkol kayu terus teruja dan ingat tongkol kayu itu adalah ciptaan futuristik dari makhluk angkasalepas.

      Delete
  6. Sokong tindakan Tamrin...sebenarnya..ramai yg mnyokong PAs sblum ni...dah meluat dgn PAs. PAs masih nak sombong hakikatnya PRU14 ni ..ialah mimpi paling ngeri buat PAs..PR hanya kandar biawak hidup skrg ni...

    ReplyDelete
  7. Tak payahlah bising satu dunia. Dah keluar dahlah. Hendak apa lagi. Ambil BR1M esok dan pergi main jauh jauh.

    ReplyDelete
  8. Bagus satu pengajaran kepada Pemimpin PAS yg walaq tak kena tempat.

    ReplyDelete
  9. Sya pulak mula mengundi sjk 1986..di Permatang Pauh..Menolak Anwar (UMNO)menyokong Bro Mat Sabu..(PAS)wlhal sya baik dgn Anwar sejak di Universiti lagi.Stop.

    Tapi smpi hari nie saya tetap PAS

    Alasan sya dlm PAS bukan kerana individu..Sokongan saya kerana PAS lebih baik dari UMNO dan hala tuju nya perjuangan nya Menegakan/ memartabatkan Islam ...

    Jadi apa jua yg berlaku PAS tetap kekal di hati...

    Jgn Maree...

    ReplyDelete
  10. Sya pulak mula mengundi sjk 1986..di Permatang Pauh..Menolak Anwar (UMNO)menyokong Bro Mat Sabu..(PAS)wlhal sya baik dgn Anwar sejak di Universiti lagi.Stop.

    Tapi smpi hari nie saya tetap PAS

    Alasan sya dlm PAS bukan kerana individu..Sokongan saya kerana PAS lebih baik dari UMNO dan hala tuju nya perjuangan nya Menegakan/ memartabatkan Islam ...

    Jadi apa jua yg berlaku PAS tetap kekal di hati...

    Jgn Maree...

    ReplyDelete
  11. ini pas ke fail ke tak mau komenlah, buang masa aje...dah tak mau ambil tahu langsung lah.

    ReplyDelete
  12. Putra IJ80

    Masalah yang timbul ini bukannya masalah parti PAS tetapi masalah kepimpinan......sebenarnya ramai pemimpin PAS keras kepala dan susah nak dengar pandangan orang lain.....mungkin mereka anggap orang lain tidak se'Alim' mereka kot?

    Saya bersama PAS sejak remaja sehingga tahun 1990 bila APU tawan Kelantan.

    Dari situ tembelang PAS terserlah gilakan 'ghanimah' - saya undur diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari tahun 1990 hingga sekarang saya mengumnokan diri saya sebab mentor saya adalah s/u najib.

      Delete
  13. Sekarang ni nama PAS sudah tercemar pada semua golongan yang cuba medekati Pas disebabkan sekumpulan ulamak yang merasakan diri mereka alim dan berilmu tapi tidak bijak menggunakan saiko untuk menjinakan serta menarik sokongan dari bangsa lain.mereka tidak tahu ke apa yang bolih di lakukan sekiranya tidak BERKUASA memerintah Malaysia.ada ilmu tapi tidak bijak

    ReplyDelete
  14. Mungkin Tamrin masuk PAS dahulu atas kesedaran beliau mahu menebus atau membetulkan semula prinsip perjuangan beliau atas segala kesilapan lampau yang jauh tersasul semasa beliau di dalam UMNO.

    Mungkin apabila menyertai PAS dalam usia yang begitu lanjut beliau merasa tenang dengan parti yang dikatakan bersih dan mengikut landas Al-Furqan serta sunnah nabi.

    Seribu kali sayang.....Langkah Kajang telah membuktikan segalanya bahawa slogan "PAS ganti UMNO" memang tepat 100%. Memang PAS telah ganti UMNO, malah jauh kehadapan daripada UMNO. Ganti segala-galanya malah lebih teruk lagi mereka ini sering menjaja Al_Furqan dan Hadis pada setiap ceramah di samping mengedar tin-tin milo untuk memunggut wang bagi....?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa