Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 7, 2014

PAS Nak Simpan Ke ‘Broker, barua’ Dalam Parti Pimpinan Yang Suci Lagi Murni Itu?

Cuma aku nak tanya manusia yang cuba melobi Azmin hari tu nak digelarkan apa pula?

PAS putuskan nasib 2 Adun ‘broker, barua’ 12 Oktober ini
TMI - Published: 7 October 2014
Keputusan terhadap tindakan dua Adun PAS yang membelakangkan keputusan presiden berhubung isu menteri besar Selangor akan diputuskan pada 12 Oktober, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2014.

PAS akan membuat keputusan pada 12 Oktober ini berhubung tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang membelakangkan parti Islam itu dengan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  sebagai calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pada mesyuarat pada 12 Oktober itu nanti, nasib Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin akan ditentukan dan beliau akan membentangkan laporan penuh kes itu termasuk kenyataan kedua-dua Adun itu dalam pertemuan awal dengannya pada 29 September lalu.
"Segala butir percakapan mereka dalam pertemuan dulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.
"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," kata Mustafa seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.
Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) bersama-sama 28 Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama mahu mengekalkan Khalid.
Semasa Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu, kedua-dua Adun Hulu Klang dan Gombak itu dicerca dan dihina perwakilan termasuk Hadi yang menggelar mereka sebagai "broker dan barua" dan mendakwa Saari dan Hasnul "dibeli".
Mustafa memberitahu portal milik PAS itu, mengikut amalan biasa, apabila sesuatu kes itu diangkat kepada mesyuarat PAS Pusat, maka kes tersebut tidak perlu lagi melalui jawatankuasa disiplin parti.
"PAS Pusat ada bidang kuasa tersendiri untuk membuat keputusan berkait tindakan disiplin terhadap anggota parti," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Dalam satu majlis bersama DAP baru-baru ini Saari meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk memecatnya.
Bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan beliau sudah berjumpa dengan pemimpin tinggi parti bagi memberi penjelasan tentang pendirian dan tindakannya semasa kemelut menteri besar Selangor.
Saari berkata, beliau menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Tindakan Saari memohon maaf itu bagaimanapun diselar Majlis Syura Ulama PAS yang mengatakan beliau tidak layak untuk berbuat demikian. – 7 Oktober, 2014.

5 comments:

  1. Abe

    Kita tunggu sehari dua lgi untuk lihat kearah mana daun kelapa ditiup angin. Sekarang ini angin kus kus belum bertiup lagi.

    Saya ada satu cadangan kepada Nik Abduh, Tantawi dan PJP Terengganu. Inilah satu lagi topik hangpa boleh menunjukkan aksi kedangkalan yang lebih baik dari sebelum ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

    Kita tengok mulut siapa yang gatal dulu!

    Tuan-tuan, mikrofon dah siap dipasang...silakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bat8 pahlawan keyboard terbaek.masyukkkkkk.

      Delete
  2. ketiga tiga semua tak leh pakai
    semua berdarah UG

    ReplyDelete
  3. Hang pa pecat 2 org tu kami pun cabut.. selama ni pun tolong ikhlas je.. tak minta pe pun.. hg pa buat cam tu tgk la.. berbondong2 cabut.. kami bukan ikut 2 org tu.. tapi km cabut pasai prinsip.. tgk la...

    ReplyDelete
  4. betul tu cabut cepat keluar pr...
    kalau pas tunggu lagi..alamat kena cucuk hidung dan kena pijak kepala...
    silap haribulan kena belasah jubur pulak...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa