Pasukan theantdaily - 05:30PM Okt 11 2014
TINJAUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kian mengorak langkah berani dewasa ini. Bermula dengan penahanan besar-besaran ke atas ahli akademik, wartawan serta aktivis muda menggunakan Akta Hasutan 1948, peneraju kerajaan persekutuan itu kini bertindak memperkenalkan langkah penjimatan subsidi (subsidy rationalisation) yang langsung tak popular di kalangan rakyat di negara ini.
Akibat kenaikan harga bahan api RON95 dan diesel sebanyak dua puluh sen, Najib dilihat mungkin berdepan kekecewaan rakyat yang gusar kerana kos sara hidup yang bakal meningkat.
Ada yang berpendapat Perdana Menteri kelahiran Pekan, Pahang ini akan menggalas misi sukar memperoleh sokongan besar di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Malah mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan menaikkan harga bahan api dari fossil itu dengan menulis di laman Twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi: “Hentikan BR1M bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara.”
Menurut Tun Mahathir, kenaikan harga bahan api ini hanya akan menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang yang membebankan rakyat.
Namun, kita perlu fahami punca yang menyebabkan Najib semakin selesa serta yakin membuat keputusan-keputusan tidak popular di masakini.
Kerapuhan Pakatan Rakyat sebagai gabungan ampuh sebenarnya faktor utama yang memungkinkan perdana menteri bertindak sebegini.
Mutakhir ini, Pakatan Rakyat bukan lagi dipandang gabungan yang mampu menjadi pengganti kepada kerajaan persekutuan Barisan Nasional yang telah bertapak lama di bumi Malaysia.
Bermula dengan episod Rang Undang-Undang berhubung Hukum Hudud di Kelantan, dengan diikuti kemelut Menteri Besar di Selangor, pakatan pembangkang yang terbentuk hasil kerjasama PAS, PKR dan DAP kini kelihatan kucar.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu mengumumkan kerajaan negeri sudah bersedia dengan draf Rang Undang-Undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang Undang-Undang itu dirancang dibawa ahli Parlimen PAS daripada Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran perlaksanaan seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.
Bagaimanapun, ia mendapat tentangan hebat dari DAP yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menyalahi konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Negara.
Selepas dibelenggu isu RUU Hudud, tercetus pula kontroversi MB di Selangor. Kali ini PAS dilihat gagal mencapai synergy atau pemuafakatan dengan PKR dan DAP.
Lantas krisis MB menjadikan DAP dan PKR seakan bergerak tanpa direstui PAS di dalam mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pengganti Khalid Ibrahim.
Akibat pelbagai krisis ini, Pakatan dilihat tidak mampu menumpukan perhatian bagi mencabar BN apatah lagi dengan rakyat seakan sudah muak dengan permainan politik dalaman yang seperti tak henti-henti.
Hasilnya? Keyakinan Najib meningkat dan beliau semakin selesa di tampuk kuasa.
Kalau dulu Najib dilihat pernah cuba menenangkan kekecewaan rakyat dengan mendakwa harga kangkung semakin turun, kini kata-kata mengubat hati sudah tidak kedengaran lagi.
Yang ada hanya ungkapan: “Kenaikan ini sebenarnya bukan disengajakan. Kerana kerajaan mengurangkan subsidi, maka secara tak langsung harga minyak jadi naik,” yang dibuat Menteri Perdana itu di Pekan, Pahang bagi menerangkan situasi terkini.
Ya betul! Kerajaan BN ‘tidak sengaja’ menyebabkan kenaikan harga bahan api.
Maka benarlah pendapat beberapa pihak, “Pembangkang bersepakat, pelbagai habuan diberi kepada rakyat. Pembangkang berpecah, rakyat juga yang ditimpa susah.”
Dalam kita menyokong PKR dan DAP membentuk kerajaan selangor, tiba2 seorang exco yg kita sokong mempromosikan minuman arak kepada kita.......
ReplyDeleteTak ker cilaka namanya tur...
Takkan Anwar tak boleh nasihat exco turr? Takkan Azizah diam membisu?
Tak kan masih nak bersekongkol dengan kerajaan negeri yang sorang exconya pempromosi minuman air kencing setan??
Sekarang tengok, adakah exco tu dapat menarik pengundi Islam untuk mengundi PR dalam PRU14 nanti?
Salahkah nanti bila dalam PRU14, Umno mewar-warkan isu ini? Salah Pas jugakah nanti jika Selangor jatuh semula ke tangan UMNO?
Adakah LGE masih memberi sokongan kepada Exco PKR ini nanti?
Dan adakah 2 adun PAS yang menyokong Wan Azizah dulu juga akan terus menyokong Exco ini?
pakatan rakyat ber celaru dan rapuh akibat ada nya pemimpin bahalol menongkat langit , dari tok guru dan mentri besar. dua dua melayu pulak tu tak sabar nak jadi bapak ketam dalam bakul penuh ketam ketam.
ReplyDeleteketam ketam tu bangsa ketam melayu pulak tu.
bodoh kan ?
Pemimpin bodoh+pembangkang bodoh=rakyat bodoh
ReplyDelete"Pembangkang sepakat pelbagai habuan diberi pda rakyat.Pembangkang berpecah,rakyat ditimpa susah."
ReplyDeleteInilah yg diidam dn diusahakn olih ularmak2 Pas dn puak UGnya.
Hidup hadi,nik abodoh,nasarudin vellfire dn mereka yg sewaktu dgn nya.