Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 2, 2015

Altantuya dibunuh: Segalanya belum selesai sehingga rakyat berkata ianya selesai!

 oleh Francis Paul Siah
SEKILAS PANDANG: Mungkin Malaysia perlu menggaji detektif Hercule Poirot, Matlock atau Jessica Fletcher di dalam merungkai misteri pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

Tetapi di negara ini, di mana yang mustahil boleh berlaku, mungkin pakar siasatan yang disebut di atas akan turut berdepan kesulitan.

Kes Altantuya dibunuh sudah tentu dianggap berprofil tinggi dan telah berlaku hampir sedekad yang lalu. Ia mencuri tumpuan semua pihak kerana melibatkan personaliti dengan hubungan politik tertentu.

Pendek kata, kes wanita Mongolia itu dibunuh amat aneh, tragik dan diselubungi misteri. Adakah wanita itu datang ke Malaysia bagi menuntut sejumlah wang yang banyak? Yang tentu, tubuhnya diletupkan.

Sudah pasti pihak polis juga sukar melakukan penyiasatan kerana dua orang rakan sejawat mereka terlibat sama.

Rakyat Malaysia sangsi dengan PDRM apatah lagi apabila bahan letupan C4 dapat dicuri daripada ibupejabat polis bagi digunakan di dalam jenayah tersebut.

Datuk Zaid Ibrahim betul apabila berkata rakyat menggesa jawapan diberi di dalam merungkai misteri Altantuya dibunuh. Kita mahu tahu mengapa wanita itu diletupkan di kawasan hutan Bukit Cerakah.

Saya membaca tulisan Zaid dan amat bersetuju dengan perkara yang ditimbulkan beliau.

Zaid berpendapat hukuman ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar memberi sedikit keadilan kepada Altantuya, tetapi luka yang dirasai keluarganya tidak akan terubat.

Pastinya sukar menerima berita seorang anak perempuan, ibu, dan rakan kita dibunuh kejam walaupun ia berlaku sembilan tahun dahulu.

Malah rakyat Malaysia merasa marah, kecewa, sakit hati dan turut menderita.

Pihak berkuasa mungkin tidak sedar bahawa cara kes ini ditangani mencetus  kemarahan rakyat. Cuba kunjungi laman-laman berita dan anda tentu faham maksud saya.

Pendapat Zaid perlu dipandang serius kerana beliau berkata “pendakwaraya sudah pasti mahu cerita sebenar, kerana hanya orang gila membunuh tanpa sebarang motif.”

“Negara kita akan dianggap cuai kerana tidak berjaya menemukan kebenaran di dalam kes pembunuhan Altantuya.”

“Buat masa ini kita tahu dua orang didapati bersalah. Mungkinkah sebenarnya lebih ramai terlibat?”

Datuk Zaid Ibrahim tidak bersendirian di dalam berkata bahawa rakyat amat kecewa dengan cara kes berprofil tinggi ini ditangani oleh pihak berkuasa Malaysia.

Kepada pihak yang terlibat: Jangan ingat rakyat Malaysia semuanya bodoh! Kes ini belum selesai selagi rakyat tidak mendapat jawapan sebenar!

Kongsikan Cerita Ini:       

8 comments:

  1. Masih ingatkah lagi kisah Prebet Adam Ahmad? Hanya disebabkan dia berseorangan diri shj dlm memperjuangkan hak membela adiknya, maka kes tersebut amat mudah ditutup oleh mahkamah dgn mengatakan dia itu gila. Kasihan bersangatan kepadanya yg teraniaya, sedangkan pesalah yg sebenarnya terus menikmati kehidupan bebas sehinggalah nyawanya padam beberapa tahun lepas.

    Dlm kes pembunuhan Altantuya ini, individu yg berkait adalah 2(dua) orang anggota polis itu walaupun sebenarnya ada lagi yg selain drp mereka juga terlibat sama. Jadi, amat sukar merekacipta alasan untuk mengatakan kedua-duanya gila. Kalau hendak mengatakan kedua-duanya gila, boleh jadi gila kita ini pula memikirkannya. Maka seorang daripadanya diatur supaya melarikan diri keluar negara dan tinggal seorang lagi mungkin akan didapati gila dlm tahanan. Penyudahnya motif pembunuhan Altantuya kekal forever unknown. Tutup buku.
    Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete
  2. Tidak ada misteri. Semasa Altantuya dibawa pergi oleh Sirul & Azilah, terjadi pergelutan dalam kereta. Oleh kerana pakaian Altantuya yang seksi, maka terlondeh lah bahagian bahu lalu mendedahkan buah dada Altantuya yang memang kita tahu agak seksi . Cuba lihat gambar-gambar beliau di internet serta cara berpakaian.

    Maka timbullah perasaan berahi pada Sirul dan Azilah lalu Altantuya dipukul sampai pengsan. Kemudian dianya dirogol oleh mereka berdua.

    Setelah reda, baru lah mereka sedar akibat perbuatan mereka yang mengikut nafsu Dan timbul perasaan kesal & bersalah. Bukti perlu dihapuskan dan seterusnya adalah sejarah. Tiada arahan bunuh dari Razak Baginda. Jika ada, mesti ada perancangan teliti supaya link kepada si pembunuh tidak dapat dikesan. (banding kes sosilawati)
    Ini lah FAKTA yang didedahkan dalam mahkamah yang tidak diendahkan oleh media pro-pakatan yang lebih suka melempar kan spekulasi fitnah, seperti Najib suka main bontot Altantuya.
    Maka situasi ini dengan pantas dikaitkan Anwar kepada Najib, dengan fitnah gambar Photoshop dan pelbagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen mcm yg direka oleh Musa Safari untuk cuci tangan. Kenapa dia tidak dijadikan saksi oleh mahkamah? Bagaimana SD1 PI Bala boleh diarahkan supaya digantikan dgn SD2 itu? Selepas itu, PI Bala diarahkan supaya bersembunyi di luar negara, kenapa? Entah2 anda bersubahat menyebabkan kematian PI Bala itu.

      Delete
  3. Kalau macam ni semua kes kes mahkamah terutamanya yang melibatkan ahli politik maka perlu lah sehingga rakyat mengatakan ianya selesai baru lah boleh dianggap selesai - Yang mencadangkan begini eloklah cari mana mana pulau terbuang jika ada dan lantiklah diri sendiri sebagai raja atau presiden dan buatlah undang undang seperti yang anda mahu.

    ReplyDelete
  4. Tuya Tuya tengah kena seksa kubor sekarang ini , mat mat bahalol sudah kena seksa dunia sebelum mati lagi Allah SWT sudah balas dosa nya.

    1 Mat Dah Bahalol (1MDB) kan....

    ReplyDelete
  5. it will not be over until the fat lady is hanged...i mean until the fat lady sings.....

    ReplyDelete
  6. Anon 2.2.2015 9:22am,
    Komen anda menguatkan lagi syak bahawa DSNR dan/atau Razak Baginda juga mungkin telah tergoda dgn mudahnya pd kejelitaan dan keseksian Altantuya, kenapa tidak? Jika dibandingkan dgn badak, Altantuya pastinya jauh lebih mengancam, betul tak?

    ReplyDelete
  7. Tuya tu dah peluk Islam dgn nama Aminah.sesungguhnyer die mati teraniaya..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa