Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 6, 2015

Anwar terlalu yakin.....kenapa?

Saya akan terus kekal, kata Anwar
Published: 5 February 2015 2:09 PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 5 Februari, 2015.

Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis beliau tidak akan disabitkan bersalah dalam rayuan kes liwatnya, sekaligus menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya.
"Kita patut menjangkakan apa yang terbaik dan daripada fakta, undang-undang amat jelas memihak pada saya.
"Perbicaraan ini mesti digariskan berdasarkan undang-undang bukan politik. Jadi, 'the show must go on' (kita teruskan seperti biasa) dan saya akan kekal, insyaAllah," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah PR kini sedang dalam perancangan mencari calon sesuai menggantikannya sekiranya beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pendirian untuk tidak mencari pengganti juga sudah diputuskan DAP, di mana katanya PR perlu dilihat sebagai kekuatan bersama.
"Adalah amat penting, rakyat melihat PR sebagai satu gerakan yang berdasarkan prinsip dan polisi.
"Jika itu menjadi dasarnya, isu mengenai siapa yang perlu menjadi pengerusi atau pemimpin pembangkang boleh diselesaikan," katanya.
Katanya, kepercayaan orang ramai mengenai kebebasan badan kehakiman boleh diukur apabila mahkamah menentukan nasib beliau pada 10 Februari ini.
"Jika saya dibebaskan, ini bermaksud sistem badan kehakiman juga bebas. Jika saya masuk penjara, ini bermaksud mahkamah tak bebas," katanya.
Anwar turut melahirkan curiga sekiranya mahkamah tetap mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman.
"Saya fikir saya tidak salah, jadi kenapa saya perlu dihukum, bagi saya aneh," katanya.
Beliau mengakui hukuman penjara cukup meresahkan dirinya terutamanya pada usia 68 tahun.
"Saya bukan tidak pernah dipenjarakan... (termasuk) kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun ia tidak lagi senang apabila usia anda menginjak hampir 70 tahun.
"Kita boleh berdepannya ketika umur 20, 30 tapi bukan sekarang ini, terutama dengan soal kesihatan dan sebagainya," katanya.
Antara lain, beliau mendedahkan pernah dinasihat tidak memberi sebarang kenyataan keras supaya dapat menyelamatkan dirinya daripada dihukum penjara.
"Tapi, saya tetap Anwar, saya tidak boleh berdiam. Orang zalim tidak boleh tentukan arah politik. Itu keputusan saya. Saya akan lawan bukan sahaja luar, tapi dari dalam juga," katanya.
Selain itu, beliau mengakui sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, ia menganggapnya sebagai pengorbanan kecil yang harus dilakukan atas nama perjuangan.
Ditanya bagaimana penerimaan keluarga dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku, Anwar menjawab ia bukan mudah.
"Isteri saya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) nampak kuat, tapi beliau amat bimbangkan saya terutamanya tahap kesihatan saya.
"Tempoh hari, cucu saya bertanya kepada saya, atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara? Saya cakap pada dia, orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara," katanya dan menambah beliau merancang menghabiskan masanya membaca buku sekiranya dipenjarakan.
Keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat jam 9 pagi pada 10 Februari ini oleh panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sehingga keputusan di Mahkamah Rayuan.
Pihak pendakwa yang diketuai Peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga penjara 20 tahun dikenakan.
Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000. – 5 Februari, 2015.

1 comment:

  1. Anwar Ibrahim telah ber jaya menguasai hidup nya dengan mengabdi lan pada Allah SWT

    Hanya orang orang yang benar benar takut pada Allah SWT yakin Malaikat Maut menjenguk nya 70 kali sehari akan berani hadapi kehidupan dalam kematian , dan tabah berani kerana benar.

    Tiada 4 saksi yang perhati kejadian liwat Anwar maka ianya hanya fitnah mainan bebudak setan DUMBNO.

    Anwar lah anak Melayu yang ada hari ini tahu jadi Melayu... Yang lain bahalol saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa