Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 4, 2015

Bukankah ini yang kita nak dengar dan lihat?

Semua hadir mesyuarat pimpinan PR
4 Februari 2015

KEMAMAN - Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Mesyuarat Tertinggi Majlis Permuafakatan PR pada Ahad ini, kata Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
Beliau berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat itu.
   
Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
   
Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai di sini malam tadi, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.
   
"Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan)," katanya.
   
Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan berbangkit yang berlaku antara parti dalam PR iaitu PKR, Pas dan DAP. - Bernama

3 comments:


  1. comfirm! Hadi Awang tidak akan hadir.

    ReplyDelete
  2. Ya akhi,

    Kita hari ini bagai terbahagi kepada dua kelompok pemikiran. Sedangkan asalnya kita mempunyai fikrah yang sama hasil tarbiyyah para alim ulama dalam harakah kita. Kita telah ‘digest’ segala dasar, prinsip,matlamat, visi dan misi gerakan ini sudah berpuluh-puluh tahun sejak era kepemudaan kita.

    Kita di dalam PAS bukanlah setahun dua. Apatah lagi sebagai pemimpin;sudah pasti lebih memahami dan tercerna segala-galanya. Kerana kita mendapat tarbiyyah peringkat tertinggi parti dan mendoktrinkan pula ahli-ahli bawahan; baik ahli lama mahupun mereka yang baru hendak berjinak dengan perjuangan Islam. Mustahil pada satu peringkat yang hampir menjadi klimaks kerana usia kita, tetiba kita jadi begitu keliru dan hampir-hampir sahaja bercanggah dengan asas dan matlamat perjuangan mulia ini.

    Ya akhi,

    Ana ahli bawahan yang sering menadah lontaran pesanan, maklumat dan semangat daripada kalian. Kami hulurkan harta benda kami untuk Islam, kami sumbangkan idea dan tenaga kami untuk Islam, kami gadaikan maruah dan jiwa kami demi Islam; tetiba pada hari ini kami ingin dikecewakan oleh pemimpin yang bersengketa dengan prinsip yang cukup dasar.

    Kita mahu kemenangan untuk untuk Islam. Kemenangan untuk puncak matlamat melaksanakan syariat Islam. Benar kita mahu demokrasi yang adil. Kita mahu tadbir urus yang baik dan efisyen. Kita mahu Malaysia yang lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh BN. Namun, kita tidak boleh tukar ganti semua itu dengan kedaulatan syariat. Mana mungkin?

    Ya akhi,

    Mana mungkin fikrah kita cukup bertelagah? Mana mungkin jundullah saling memanah sama sendiri? Kalau turun dari Bukit Uhud pun sudah satu angkara, tahap angkara apa pula kerja canggah pemimpin sendiri manakala dalam majlis lain pemimpin orang kita iring, tabik dan hormat tegak berdiri . Mana mungkin ? Dalam silibus mana kami di bawah ini ditarbiyyah begini?

    Ya akhi,

    Ana rindu, kita amat rindu pada perpaduan. Rindu pada kemesraan sesama pimpinan. Rindu pada kebulatan tekad dan fikrah. Rindu pada satu situasi yang pernah diajar oleh jundullah. Peristiwa para sahabat yang derita sakit dan dahaga kerana luka dalam perang. Mereka mati seorang demi seorang kerana mendahulukan air minuman untuk rakan yang turut luka, dahaga dan memerlukan. Alangkah indahnya panorama ukhuwah dalam perjuangan suci ini. Ya akhi, bermuhasabahlah dan binalah kembali kasih sayang, ukhuwah, kesepakatan dan ‘digest-lah’ kembali kitab tarbiyyah perjuangan mulia ini.

    "

    ReplyDelete
  3. muka tak malu ! lepas kutuk2 dan maki hamun kamu pujuk rayu pulak. mcm lepaskan anjing tersepit ! yg pasti bayk lg anjing macai kat luar sana dok menyalak itu ini. cuba hang pi tgk kat blog Abuya albuaya alhusyeen, tulang bab!, greenboar, yong budaya kuning dsbnya. mmg dasar macai bahlol sebahlol2nya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa