Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 10, 2015

Haru-biru sungguh: Mana satu yang betul?

Laporan saya dipukul hanya spekulasi, kata Hanipa
Published: 10 February 2015 10:46 AM
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata kejadian beliau dipukul satu spekulasi, terutamanya berkenaan dakwaan Razman Zakaria yang memukulnya, mengatakan apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS Pusat urusan dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2015.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin enggan mengesahkan kejadian beliau dipukul ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Ahad lepas dan menganggap ia hanya spekulasi semata-mata.
"Saya ingin menyatakan di sini, segala laporan yang wujud di alam siber yang menjadi viral, termasuk laporan The Malaysian Insider tersebut, spekulasi semata-mata, yang saya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab mengesahkan laporan spekulatif tersebut.

"Saya juga ingin jelaskan, sebagai AJK PAS Pusat tidak wajar saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS Pusat kerana ia urusan dalaman PAS yang saya dan PAS tidak bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sesiapa," kata Hanipa dalam satu kenyataannya yang dibuat awal pagi ini.

Hanipa mengulas laporan kononnya beliau dipukul di belakang ketika kekecohan dan pertikaman lidah berlaku dalam mesyuarat pada Ahad lalu.

The Malaysian Insider dan pengguna Facebook yang rapat dengan PAS melaporkan, kejadian itu berlaku selepas Hanipa menegur Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya juga ingin jelaskan, jika sekalipun ada laporan yang menyatakan saya menegur presiden PAS dalam mesyuarat itu, ia bukan suatu yang luar biasa kerana PAS tidak pernah melarang mana-mana ahli jawatankuasa menegur presidennya sebagaimana presiden juga mempunyai hak untuk menegur mana-mana orang di bawahnya. Saya percaya ‘reciprocity’ ini suatu yang sudah lama wujud dalam PAS," kata Hanipa.

Berdasarkan pengalaman beliau, katanya, presiden PAS masih boleh menerima kritikan sepedas mana sekalipun dan beliau tidak nampak sikap Hadi itu kini berubah.

"Jika ada mana-mana pihak dalam PAS yang merasakan kritikan kepada pemimpin setinggi mana sekali pun pangkatnya, apatah lagi kritikan yang dibuat dalam mesyuarat, tidak dibenarkan, saya percaya ini bukan ajaran Islam dan menyimpang daripada konvensyen yang PAS amalkan selama ini. 

"Jika presiden PAS boleh menerima kritikan, maka tidak masuk akal beliau merestui dan membiarkan amalan memukul AJK Pusat jika kita mengandaikan sekalipun spekulasi yang saya nyatakan di atas betul," katanya.

Mengenai dakwaan kononnya beliau dipukul Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, beliau berkata: "Saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu."

"Razman kawan baik saya, jadi mana mungkin dia tergamak memukul saya. Maka saya menganggap dakwaan itu spekulasi semata mata," katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Hanipa mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana di sebalik keributan yang berlaku sebelum ini, akhirnya mesyuarat Majlis Tertinggi PR dapat juga diadakan dan mencapai satu keputusan yang melegakan banyak pihak dan menyenakkan musuh mereka, Barisan Nasional (BN).

"Percayalah, hanya BN dan mereka yang cenderung kepada BN sahaja yang mahukan PR berpecah kerana mereka tahu perpaduan PR ancaman besar dan bahaya kepada BN. Saya yakin tidak ada pemimpin PR yang naif dan tidak sedar hal tersebut," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan semalam, memetik sumber, Hanipa dipukul 2 kali di belakang oleh Razman selepas ahli Parlimen Sepang itu dikatakan menegur kepimpinan Hadi.
Ia bermula apabila Hanipa bertanya kepada Hadi mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata, "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."
Kenyataan Hanipa, kata sumber, menyebabkan beberapa AJK Pas Pusat menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, termasuk Dr Zuhdi Marzuki yang dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah.
Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak 2 kali, kata sumber.
Semalam, sekurang-kurangnya 2 pengguna media sosial yang rapat dengan PAS, yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, menulis mengenai kejadian tersebut di media sosial.
Terdahulu pagi semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi. – 10 Februari, 2015. - sumber

6 comments:

  1. mmg macai pkr kaki fitnah dan maki hamun.........kesian kat anwar perjuangan berakhir dgn suram dan muram......semuanya gara2 blogger macai gatal tangan dan mulut buat fitnah dan onar sana sini menyebabkan rakyat semakin jauhkan diri dan tidak lg menyokongnya spt dulu. ini terbukti hanya sebahagian kecil shj yg bersamanya ketika perbicaraan. Wahai blogger2 yg membawa sial kamu ibarat dinosaur tua yg sudah tak berguna malah membawa kerugian kpd parti. Berhentilah kamu dpd menjadi blogger ! Berilah peluang kpd blogger muda bagi merintis perjuangan baru yg lebih menguntungkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon7:17 pm.
      Rajin pulak hang baca blog si tua ni yer.kira minat la tuu.ngaku jer laa.hehehe.napa x pegi baca blogger yg muda segar.habis masa tau baca kat sini.lps tu membebal x tahuan punca n jln cerita sama.nmpak mcm x cerdik.takut hang pon dah tahap dinasor jgak kot.hehehe.tua muda bkn lambang kemerosotan pemikiran.

      Delete
  2. Bhai MountDweller...

    Bahasa kiasa ja tue... Hahaha.... kena tengok dari luar kotak.... Dier nak tengok kot saper yang mengelejat... Hahaha

    ReplyDelete
  3. Admin
    Tiada yang haru-biru kat sini cuma kamu je terlampau excited dengan masalah dalaman PAS sehingga perkara yang belum pasti kesahihannya dihebohkan sakan oleh blogger-blogger anti PAS termasuk admin diblog ni. Sorry admin.

    ReplyDelete
  4. Sdr. C++

    Ha..ha...beliau tidak mengesahkan atau menafikan.....cuma diungkit kawan baik kan?

    ReplyDelete
  5. klu ia cuma fitnah,boleh saman e....kau biau betul2 hanipa......wala ke takut

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa