Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 8, 2015

Isu Ismail Sabri: Utusan serang MCA melindungi 'penyangak' Cina

Serang Ismail Sabri, MCA pertahan ‘penyangak’ Cina, kata kolumnis Utusan
Published: 8 February 2015 9:53 AM
Utusan Malaysia dalam kolumnya hari ini berkata MCA sepatutnya faham yang kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibuat dalam konteks konsumerisme. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyifatkan tindakan MCA menyerang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob satu perbuatan melindungi "penyangak" Cina yang mencekik darah pengguna.
Ku Seman Ku Hussain yang juga penolong pengarang akhbar edisi Ahad Mingguan Malaysia berkata, tindakan MCA melancarkan serangan terhadap menteri pertanian dan industri asas tani itu dilihat sebagai cuba menjadi jurucakap DAP dalam menyalakan sentimen perkauman.
“MCA ini musang berbulu ayam atau apa? Adakah dengan menyerang Ismail mampu kembalikan keyakinan orang Cina kepada MCA?
“Saya membuat kesimpulan MCA melindungi 'penyangak' Cina yang mencekik darah pengguna (Melayu, Cina dan India).
“Kalau tidak, sudah tentu MCA tidak menyerang Ismail yang bercakap dalam konteks budaya konsumerisme,” katanya seperti disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Ku Seman berkata, kenyataan Ismail yang menggesa pengguna memboikot “peniaga Cina yang menaikkan harga barang” bukanlah suatu yang rasis.
Katanya, sebaliknya parti Cina yang rasis, DAP menggunakan peluang itu untuk menyalakan sentimen perkauman seolah-olah Ismail rasis.
“Itu bukan luar biasa kepada DAP, sebaliknya kalau mereka tidak berbuat demikian pula menjadi pelik.
“Parti Cina ini memang terkenal dengan agenda rasis. Walaupun begitu orang Melayu dalam DAP belum sedar hakikat ini.
“Saya tidak pernah terfikir ada kaum yang tetap mempertahankan kaumnya walaupun berperangai buruk mencekik darah pengguna dengan menaikkan harga barang,” katanya.
Ku Seman berkata, Ismail mendidik pengguna supaya menggunakan kuasa mereka dengan memboikot peniaga dan pemborong yang cekik darah.
Katanya, semua kaum wajar berbangga kerana Ismail tidak tunduk kepada tekanan mendesak supaya meminta maaf.
“Tidak buat salah kenapa mesti minta maaf? Saya harap pendirian beliau tidak berubah walaupun berdepan dengan tekanan politik. Malah Ismail sudah menjelaskan kenyataan di laman sosial itu bukan bermaksud rasis, sebaliknya peringatan kepada pengguna.
“Kita memerlukan orang yang tegas seperti Ismail, bukan seperti sesetengah pemimpin sekali kena gertak terus berpeluh, ketar lutut dan mengalah,” katanya.
Ku Seman berkata antara iktibar yang dapat diambil daripada kenyataan Ismail ialah, sesuatu yang menyentuh orang Cina, DAP dan MCA boleh duduk semeja dan bercakap dengan nada yang sama.
“Kenapa? Sebabnya kepentingan mereka bukanlah politik tetapi kaum. Sesetengah orang Melayu pula lebih memilih politik hingga memecah belah kaum,” katanya.
Semalam, Ismail yang berdepan kontroversi berhubung kenyataan boikot peniaga Cina menyalahkan DAP kerana kenaikan harga barang, selain menggesa rakyat Malaysia melupakan kenyataan perkaumannya di Facebook minggu lalu.
Ismail berkata semalam, pembangkang sering menggunakan isu kenaikan harga barang untuk menyalahkan kerajaan.
"Bila harga turun, sepatutnya peniaga menurunkan harga dan faedahnya kepada pihak kerajaan, tetapi apabila harga tidak turun, pembangkang juga, DAP, PAS dan sebagainya menggunakan isu tidak menurunkan harga barang ini untuk menuduh kerajaan gagal.
"Kalau DAP hendak cakap soal rasis, janganlah seperti ketam mengajar anak berjalan, yang paling besar bapa kepada rasis di Malaysia ini DAP," kata Ismail menggunakan peribahasa Melayu.
Berhubung dengan pertemuan dengan polis, Ismail mengatakan beliau mungkin berbuat demikian minggu depan.
"Saya sudah beritahu kepada polis yang selepas saya dengan lawatan ke Indonesia, saya ada waktu, mungkin minggu depan lah.
"Polis pun kena free juga, saya pun kena free juga."
Ismail berkata, kontroversi berhubung kenyataannya di Facebook perlu dihentikan kerana tidak menguntungkan Malaysia.
"Kalau kita masih lagi bercakap pasal perkara yang boleh menimbulkan perasaan sakit hati di antara semua, kita tidak membawa keuntungan kepada masyarakat Malaysia," katanya. – 8 Februari, 2015. - TMI

3 comments:

  1. Kebanyakan peniaga cina adalah dari Parti MCA dan Gerakan. Bagaimanakah cara pengguna melayu dapat pastikan peniaga cina itu MCA, Gerakan atau DAP? Minta Ismail Sabri senaraikan peniaga cina DAP itu, supaya senang orang melayu nak boikot. Kalau boikot peniaga cina secara rambang shj, nanti terboikot pula peniaga cina MCA dan Gerakan.
    Tarif elektrik TNB juga tidak turun walaupun kos bahanapi telah turun, bolehkah Ismail Sabri beri cadangan bagaimana nak boikot TNB nih?

    ReplyDelete
  2. Bebudak Bahalol Utusex tu lupa ingat bebudak bahalol melayu kaya ber gaya hasil tanam jual kangkong , pisang , kelapa ke ????

    Orang orang bahalol akan terus meminta minta akibat membodoh kan diri dari kenyataan... Mereka mereka papa kedana , menjual bangsa tuk kekayaan dunia yang se coit.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. Melayu mudah di beli oleh banagsa asing, lama kelamaan orang Melayu melarat, yang kaya hanya gulongan elite umno.Patut mereka ikut cara Islam kita, tak rasuah dan rendah diri. Ingat bala rasuah membuat kita sombong dan riak iaitu penyakit rohani.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa