Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 5, 2015

Isu 'raja judi': Apa terjadi pada 2004?

mk - 11:33AM - 5 Feb 2015

Paul Phua Wei Seng, yang berdepan pertuduhan menjalankan perjudian haram di Las Vegas, tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap terkenal 14K ketika ditahan di Malaysia 10 tahun lalu, menurut sumber polis.

Phua, 51, menghias dada akhbar apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa 'raja judi' itu tiada kaitan dengan 14K.
Kumpulan 14K sebuah kongsi gelap antarabangsa yang terlibat dengan penjualan dadah, judi haram, penyeludupan manusia, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Serbuan di Miri pada 2004, kata sumber polis, bertujuan membanteras perjudian haram yang beroperasi di sebuah kondominium selepas mendapat maklumat.

Bagaimanapun, polis sendiri terkejut apabila Phua didapati antara 22 orang yang ditahan di tempat itu.

Menurut sumber itu lagi, serbuan semasa perlawanan akhir Piala Euro 2004 itu menjadi yang terbesar pada masa itu.

Ketika itu, Phua sudah diketahui dengan perjudian atas talian tetapi polis sukar menahannya ekoran jaringan “perhubungan luasnya”.

Operasi itu sendiri dijalankan penuh rahsia, malah sesetengah pegawai polis atasan sendiri tidak tahu tentangnya.

“Hanya Phua dan pemilik kondo itu rakyat Malaysia, yang lain (pihak tertangkap) daripada Taiwan, Vietnam dan Hong Kong.

“Kami tak jangkakan Phua akan ada di situ. Kami buat persediaan banyak. Pasukan terlibat dipilih secara khas,” kata sumber polis.

Pihak yang enggan dinamakan itu juga berkata semasa soal siasat Phua berkata beliau datang untuk menyelia operasi itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa