Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 5, 2015

Kenapa Mahfuz bersusah payah.......tangannya yang membunuh, dialah pembunuh!

Sirul hanya mangsa keadaan
 | February 5, 2015
Mahfuz percaya Sirul tidak bersalah dan takut keselamatannya terancam jika dia membongkarkan kejadian sebenar.
mahfuz omar_azilah sirul_300KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yakin Koperal Sirul Azhar Umar tidak bersalah dan mempercayai hanya melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan.
Mahfuz berkata demikian selepas bertemu dengan keluarga Sirul pada 15 Januari yang lepas.
Beliau yakin bahawa Sirul hanyalah mangsa keadaan yang tidak bersalah memandangkan untuk memasuki pasukan pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), seseorang itu perlu berhati kering untuk menerima arahan dan menembak penjenayah yang terlepas.
“Saya dimaklumkan hanya 40 orang pegawai yang terpilih beroperasi di Bukit Aman dan mereka terpaksa melalui pelbagai ujian fizikal sebelum menyertainya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Malah Mahfuz juga mendedahkan tentang pelaksanaan yang dinamakan operasi hitam dalam kalangan UTK. Namun beliau tidak menerangkan secara lanjut mekanisme operasi hitam yang disebut itu.
Berikutan itu, Mahfuz sedang berusaha menghubungi pihak Australia bagi mendapatkan penjelasan kedudukan penahan oleh pihak Imigresen negara tersebut.
“Sehari dua ini saya akan mendapatkan permintaan untuk memohon berjumpa Sirul kerana saya agak bimbang memikirkan keselamatan Sirul,” jelansya.
Ini kerana beliau khuatir jika ada pihak tertentu yang mengancam Sirul di luar negara sekiranya takut Sirul akan membongkarkan kejadian sebenar ke atas dirinya.
Mahfuz juga berharap kerajaan akan memberi kebebasan yang sewajarnya jika Sirul didapati tidak bersalah.
“Peguam Sirul akan memfailkan semakan kehakiman untuk meminta tujuh orang hakim menyemak kembali kes Sirul. Saya harap pihak terbabit akan tampil berani mendedahkan motif pembunuhan Altantuya agar kes ini tidak berpanjangan atau kekal sebagai misteri yang tidak terungkai,” kata Mahfuz.

2 comments:

  1. Pemimpin PAS kan rata rata jenis Gagal dan tiada nilai ekonomi....

    Apa lagi yang boleh di harap kan.

    Bahalol saja.

    ReplyDelete
  2. Hanya manusia bahalol je bertemankan ekonomi dalam kubur....macam cina tanam sekali dengan harta...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa