Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 4, 2015

Kenyataan ‘bodoh, biadab dan tersasar’!

Kenyataan Pemuda MCA bodoh, biadab dan tersasar
 | February 3, 2015
Tidak dapat terima bahawa Pemuda MCA tergamak senada dengan seteru politik UMNO dan BN.
alwiKUALA LUMPUR: Kumpulan mantan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar tindakan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang mempersoalkan kesesuaian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai anggota kabinet.
Bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Zulkifli Alwi yang mewakili kumpulan tersebut berkata, gesaan supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu melatakkan jawatan jelas menunjukkan kebiadaban Ketua Pemuda MCA itu yang tidak menghormati rakan komponen Barisan Nasional (BN).
Menyuarakan kekesalannya, beliau juga menegaskan bahawa pelantikan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru, “Siapa dan apa hak Sin Woon untuk mempertikaikannya,” tanya beliau.
“Kami menganggap kenyataan tersebut sebagai ‘bodoh, biadab dan tersasar’,” katanya pada satu sidang media ‘Solidariti untuk Ismail Sabri’ yang dianjurkan bagi menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri berikutan polemik isu harga barangan di PWTC.
Tegas beliau, kepimpinan MCA tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana kenyataan Ismail Sabri berkaitan isu harga barangan adalah bertujuan membela nasib rakyat, yang mana harga barang harus diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.
Sebelum ini, Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan supaya memboikot golongan peniaga yang tidak menurunkan harga barangan sejajar dengan penurunan harga minyak. Beliau juga menegaskan kenyataan berkaitan isu boikot itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga.
Sementara itu, Chong dalam kenyataannya pula membidas kenyataan Ismail Sabri dengan menyatakan untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ahli Parlimen Bera itu hanya membuat kenyataan peribadi dan bukan pendirian Kabinet serta BN.
Zulkifli seterusnya berkata, MCA sebelum ini banyak bergantung kepada ihsan ahli UMNO dalam menguatkan lagi sokongan mereka dalam BN.
“Kami tidak menerima, Pemuda MCA tergamak senada dengan pembangkang yang merupakan seteru politik UMNO dan BN.
“Malah hari ini, sekali lagi tertonjol kebiadaban Ketua Pemuda MCA, menyebabkan ramai ahli UMNO yang terguris hati,” ujarnya lalu menegaskan bahawa kedudukan MCA dalam komponen BN perlu dikaji semula berikutan kenyataan berbaur kecaman yang dikeluarkan pemimpin parti berkenaan.
Turut hadir pada sidang media tersebut, Ismail Sabri yang sempat beramah-mesra dengan para penyokongnya.

6 comments:

  1. Sabri sah dah bahalol ; pandai pulak ajak bebudak MCA ikut bandwagon bahalol.

    Okay lah kira nya.

    ReplyDelete
  2. Memang Ismail Sabri bodoh pun sebagai Menteri apa dia buat. Lihat hasil2 pertanian sayur dan buah2an murah ke...Cakap celupar ikut kepala lututnya sahaja. Kalau dia cakap boikot kedai yang jual mahal secara umum tak apalah. Ini kaitkan dengan bangsa dan contoh syarikat OTWC yang dituduhnya Ngeh ada share dan anti Islam....apa hal tak ke menempah maut dan memalukan. Kerajaan ada kuasa turunkan harga barang melalui syt monopoli beras, gula, tepung, minyak masak khususnya Syt Al Bukhari kenapa tak buat. Tarif eletrik TNB mengapa tak turunkan...baru barangan lain boleh turun harga......Malangnya negara ini dapat menteri2 bangang dan disokoing pula puak2 bangang dan otak kemetot.....Paloi kata orang Sabah....

    ReplyDelete
  3. kalau ye pun, kerajaan turunkan dulu harga barang kawalan, tepung, gula, beras dll. Ada? suruh orang, sendiri tak buat, betul ke?

    ReplyDelete
  4. Berapa banyak undi BN dapat dari MCA pada PRU13 yang lepas ? Berapa undi yang BN harapkan pada PRU14 nanti ? JUST STOP DREAMING ! Udi Cina sudah pasti akan bertambah untuk DAP dan PR pada PRU14 akan datang demi memastikan kematian BN (UMNO terutamanya)

    ReplyDelete
  5. Adoih memang sah hamno ni dah gila meroyan........yg madey suruh najib letak jawatan tu nak kata apa?......tak hormat parti komponen juga ka? Mungkin ini lah yg dikatakan Ketuanan melayu! Kah kah kah....memperkasakan orang bengong! Oh yg ni lagi baik! " 1Malaysia,, menteri bengong diutamakan"

    ReplyDelete
  6. Kerana takutkan kehilangan undi cina, apa yang dibuat oleh kaum cina semuanya terpaksa ditanggung oleh rakyat marhaen. Hati cina dijaga rakyat dikorbankan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa