Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 9.40 malam Khamis di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Ikuti lapor langsung kami.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. Untuk laporan lanjut tontoni Astro AWANI saluran 501 atau layari astroawani.com.
Pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.
Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang Khamis memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu. Najib menghentikan sebentar majlis
- yang dihadirinya, dan memimpin bacaan Al-Fatihah dan mendoakan roh Allahyarham Nik Abdul Aziz dicucuri rahmat.
- PM ucap takziah kepada keluarga Nik Aziz
- Pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai kehilangan besar dalam ruang politik terutamanya gerakan Islam. Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya, kehilangan ikon penyatuan mereka.
- PAS dan Pakatan Rakyat kehilangan ikon penyatuan rakyat
- Nik Aziz antara pemimpin Islam yang paling berpengaruh
hati2 dgn cubaan utk membuat siaran langsung ini... di kuatiri akan menjadi fitnah oleh puak2 umgok laknatullah kelak... depa ni apa pun sanggup buat asalkan cita2 nafsu syaitan dan iblis mereka tercapai... tak perlu siaran langsung... satu sen pun tak da faedah... mereka hanyu nak tunjuk kununnya mereka perihatin walhal masa sosok tubuh ni hidup depa tentang ...
ReplyDeleteSetuju dgn mat roger....mereka2 ini kebanyakannya hipokrit...semasa hayatnya masih ada..berbagai2 penghinaan di buat...sekarang dia telah pergi...bagaimana ingin memohon maaf..ajaran siapa...kepimpinan dan tauladan siapa yg membuat kita orang2 Islam tidak menghormati ulama...siapa yg memulakan....negara Islam konon...Rehatlah tok Guru semuga engkau damai dan tenang di sana dan dijannah...Aamiin...
ReplyDeleteSiaran langsung perkebumian tp dua ekoq pengulas dok bicara politik. Bangang
ReplyDeleteArwah Nik Aziz sudah tiada , Hadi Awang boleh ambil Mursydul Am PAS dan hancur kan PAS jadi macam MIC.
ReplyDelete