Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 3, 2015

Mejar Zaidi: Selamat menikmati hari-hari yang bebas!

Selepas ini kaki dan tangan tidak terikat lagi
Mulut sudah tidak dikunci.....

Zaidi habiskan hari terakhir sebagai tentera
mk - 4:48PM - 2 Feb 2015

Beliau wira bagi sesetengah orang tetapi pesalah bagi pihak yang lain.

Mejar Zaidi Ahmad hari ini menghabiskan hari terakhirnya sebagai pegawai tentera udara selepas dipecat ekoran isu sidang media berhubung dakwat kekal dalam pilihan raya.

Sesuai dengan imej beraninya itu, Zaini juga membayangkan akan bergiat lebih aktif termasuk bertemu langsung dengan orang ramai.

“Mulai hari ini siapa nak tempah ceramah sudah boleh. Allahuakbar!” katanya dalam mesej ringkasnya kepada Malaysiakini.

Zaidi berkata beliau hari ini dipanggil menghadap komander pangkalan udara Butterworth untuk dibacakan sijil pengesahan hukuman yang ditandatangani  panglima tentera udara pada 27 Januari.

“Bermakna mulai dari tarikh itu saya bukan lagi seorang anggota tentera,” katanya.

Beliau juga berkata selepas ini akan melalui proses pemberhentian seperti membuat MyKad, memulangkan barangan dipinjam dan mengisi beberapa dokumen berkaitan.

“Alhamdulillah harap-harap bayaran pencen dan ganjaran dibayar penuh dengan tiada pengurangan dan sebagainya,” katanya.

1 comment:

  1. Ber niaga kerja kuat kuat sampai banyak duit lepas tu mula kan hidup sedekah harta harta duit tadi.....

    Orang orang Melayu bangsa malas kedekut dan tak de duit pulak....

    Rata rata pun jenis bahalol saja.

    Masa tiba tuk Zaidi tukar persepsi umum ini.

    Melayu Bahalol ke atau tidak , Zaidi tahu kan.

    1 Mat Dah Bahalol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa