Ironinya, sebelum dua peninju memulakan perlawanan menjatuhkan salah seorang, mereka akan bersalaman.
PETALING JAYA: Gambar foto Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara baru-baru ini bukan menggambarkan kedamaian antara mereka, kata bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin.
Walaupun rata-rata imej itu disalah tafsir sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih, tetapi Shahbudin menerusi blognya, shahbudin.blogspot.com menyatakan fakta yang bertentangan.
“Ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut (hari yang sama mereka bersalaman) Mahathir mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.”
Antara intipati pertemuan selama hampir dua jam yang didedahkan dalam blog Shahbudin ialah betapa lantangnya Mahathir dalam terus melontarkan kritikan beliau terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB.
Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.
Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.
Selain kekal dengan sifat mengkritik dan menegur kepimpinan Najib, Shahbudin juga menyatakan nada Mahathir juga keras, bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.
“Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib.” Demikian petik kata sumber tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam, lapor entri terbaharu bekas wartawan tersebut.
“Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi,” tulisnya.
Menariknya, laporan Shahbudin jelas disokong dengan kenyataan terbuka yang dikeluarkan oleh Mahathir sendiri melalui entri dalam blognya kelmarin (4 Feb 2015), Che Det.
“Saya penyokong UMNO. Saya masih ahli UMNO. Tetapi saya percaya mengkritik kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk UMNO,” tulis Mahathir.
“Bagaimanapun, saya secara terbuka menyatakan, saya tidak menyokong Dato Seri Najib.”
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa