Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 15, 2016

Ahmad Awang ajak sape ni..........buat rosakkan gerakan ini?

Ahmad Awang ajak Pas turut serta gerakan Selamatkan Malaysia
15 April 2016 | ZIKRI ABDULLAH
Ahmad Awang

Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah)  Ahmad Awang menyeru Pas sebagai parti yang sejak dulu menentang kezaliman dan bersama golongan tertindas turut serta dalam kempen Selamatkan Malaysia ini secara lebih jelas.

Beliau berkata, semua pihak tanpa mengira kelompok dan latarbelakang tidak harus berkecuali dalam usaha menyelamatkan negara ini dengan menyertai kempen Selamatkan Malaysia yang kini digerakkan oleh hampir semua parti, NGO dan NGI yang bukan di bawah telunjuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Adalah pelik katanya ketika semua kumpulan boleh bersatu untuk mewakili rakyat yang kini teraniaya akibat salah urus negara oleh Umno-BN pimpinan Najib, Pas seperti teragak-agak untuk memihak rakyat tertindas.

"Walaupun saya dah bersama parti baru dan bukan lagi bersama parti lama (Pas) saya yakin seluruh ahli Pas masih berpendirian seperti dulu terhadap korupsi dan ketidakadilan," katanya ketika berucap di kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa malam tadi.

Kehadiran bekas perdana menteri selama 22 tahun Tun Mahathir Mohamad, menurut beliau sepatutnya disambut positif oleh rakyat dan bukannya terus menerus mengungkit kesalahan masa lalu beliau.

"Kita tahu masa beliau jadi perdana menteri banyak perkara tak betul yang dibuat termasuk menindas pembangkang hingga berlaku pemenjaraan dan pembunuhan terhadap pejuang Islam dan pembela rakyat.

"Ini semua kita bukan lupa, tapi sekarang orang yang selama ini kita anggap tak betul ni pun sanggup bersama rakyat untuk menentang perkara tak betul yang lebih dasyat dilakukan Najib.

"Jadi pelik benar kalau kita yang mangaku betul ni tak nampak kezaliman dan penyelewengan teruk yang sedang dilakukan penguasa sekarang," jelas beliau.

Beliau yakin semua rakyat jika diberi maklumat yang jelas akan turut serta menurunkan tandatangan menyokong gerakan turunkan Najib yang sedang giat berjalan sekarang.

"Alhamdulillah malam ini saya lihat rakyat berbaris panjang untuk tandatangan dan saya minta semua petugas Selamatkan Malaysia pergi se setiap pintu rumah khususnya golongan marhaen bagi memastikan kempen ini samapai ke matlamatnya untuk menurunkan Najib yang memberi beban besar kepada rakyat dan negara," ujar beliau,

Doa untuk Menteri Besar Kelantan

Di akhir ucapan, beliau telah berdoa khusus memohon Allah SWT memberi kesembuhan seberapa segera kepada Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob yang kini dilaporkan beransur pulih selepas berjaya menjalani pembedahan kecil di kepala semalam.

Turut berceramah ialah Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad dan Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

# Pada aku, selagi Hadi and the gang menguasai PAS selagi itulah susah nak letakkan kepercayaan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa