Friday, 15 April 2016
PENGAKUAN YANG TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA KEPADA NAJIB
Sepanjang hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib Razak memang datang daripada negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC di Turki.
Wah...seronok benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.
Sementara pemakan dedak gembira ria dengan berita yang seolah-olah sudah menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan mengenai Adel Al Jubeir itu.
Kenapa hanya baru sekarang Adel Al Jubeir mengatakan wang yang diterima Najib itu berupa sumbangan?
Bukankah beliau juga pada Januari lalu yang mengatakan wang yang sama adalah suatu pelaburan?
Sekarang sudah tukar kaa?
Lebih menghairankan perubahan pendirannya itu dilakukan selepas mengadakan pertemuan dengan Najib?
Kenapa sebelum ini atau sejak Januari lalu apabila mengatakan ianya pelaburan, beliau tidak pernah mengubah pendiriannya?
Kenapa berubah pendirian sekepas bertemu Najib?
Malah, Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM juga pernah menghantar memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu meminta penjelasan mengenai wang yang diterima Najib itu, tetapi mengapa tidak berjawab sehingga sekarang?
Alih-alih selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Adel Al Jubeir mengatakan ia berupa sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Ini betul-betul pelik bin ajaib. Pasti unta-unta di padang pasir pun turut terkejut sama dengan perubahan Adel Al Jubeir itu.
Apakah perubahan kenyataan Adel Al Jubeir daripada pelaburan kepada sumbangan dibuat atas permintaan Najib?
Lebih menghairankan ialah apabila Adel Al Jubeir juga menyatakan Peguam Negara Malaysia sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada salah laku melibatkan Najib.
Ehhhh....ini dah mirip skrip yang selalu diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan media arus perdana dalam Malaysia selama ini.
Yang harus disedari ialah pengakuan Adel Al Jubeir itu sudah tidak bermakna apa-apa lagi kepada Najib berikutan isu kehilangan wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada syarikat palsu, Aabar BVI sudah pun diakui kebenarannya dan sedang disiasat oleh banyak pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ dan Sarawak Report sebelum ini, mereka percaya wang yang masuk ke akuan peribadi Najib itu adalah berasal daripada 1MDB yang tiba-tiba hilang selepas dimasukkan ke akaun bank Aabar BVI.
Sekarang, di mana wang tersebut terus menjadi misteri kepada seluruh dunia. Tetapi dengan penyiasatan di beberapa negara yang nampaknya mula menunjukkan perkembangan positif, kebenaran pasti akan terserlah juga akhinya.
Dengan peredaran masa, sama-samalah kita tunggu sama ada wang yang dikatakan sumbangan itu, dengan mula-mula angkanya adalah RM2,600 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM4,200 juta, benar-benar merupakan derma atau apa jenisnya?
Ketika itu juga, mungkin Adel Al Jubeir akan menukar kenyataannya sekali lagi. Siapa yang biasa berurusan dengan Pak-Pak Arab, pasti lebih faham perangai mereka itu. (SH 15/04/2016). - sumber

arab saudi pun kekurangan cash skrg. dia pun terpaksa berhutang. bertuah dia nak bagi derma sebanyak tu. bohong sunat la wali2 islam ni
ReplyDeletejangan la ada rakyat yg berkata tidak atau cuba membantah ape saja perntah yg di keuarkan oleh pejuang isam yg tersohor sa entero dunia ini..
ReplyDeletemalaysia terletak di bawak tapak Kaki nya.
uztaz uztas hatta party pas juga kata mcam tu...
berbanggalah la kita dengan dia.sama sama la kita berganding bahu hadapi kehidupan yg semakin terhimpit..agar pejuang islan anak beranak..menteri menteri dan segala sukusakat nya hidup mewah..
kenapa la lambat lagi pilihan raya umum ni. tak sabar rasanya nak PANGKAH umno/pasik/bn.
Berapa karung dedak al jub(uri)eir dapat??? Satu lagi dgn kenyataan ni agak agak selasa mana najis akan saman wsj??? Saman ker tak saman ni?? Apa kata loyar happarizam??
ReplyDelete