Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 11, 2016

Anwar terlalu tua untuk jadi PM

Anwar terlalu tua untuk jadi PM, kata Mahathir
mk - Hari ini, 11:20 tengahari

Mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya rasa dia sudah terlalu tua," kata Mahathir kepada The Australian dalam satu wawancara yang mendakwa bahawa Anwar kini berusia 74 tahun. Anwar sebenarnya berusia 68 tahun.

"Apabila saya berumur dalam 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi PM pada usia 80, jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun," kata pemimpin yang sekarang berusia 91 tahun itu.

Mahathir bagaimanapun berkata, "Jika orang menyokongnya, tiada apa yang boleh saya katakan."

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri akan datang jika usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya.

Anwar menyokong pergerakan Selamatkan Malaysia yang diterajui oleh Mahathir untuk mencapai matlamat itu.

2 comments:

  1. Selama nya Mahathir akan singkir kan Anwar sebagai calon PM.

    ReplyDelete
  2. Itu pendapat dia.....kalau rakyat sokong anwar dia tetap akur. Taklah macam Hadi sekejab murtad kalau tangguh hudud sekejab boleh sekejab belom bincang........habih semua jadi kapir jika xsetuju. Sekarang soal rakyat ditindas maka Najib tetap kita undurkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa