Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 8, 2016

Bangkai pesawat ditemui di Argentina 50 tahun selepas terhempas

Bernama |  April 08, 2016 12:51 MYT    
Bangkai pesawat ditemui di Argentina 50 tahun selepas terhempas
Inilah contoh jenis pesawat yang terlibat nahas 50 tahun lalu dan telah ditemui semula. - Gambar hiasan/www.edcoatescollection.com
BUENOS AIRES: Setengah abad selepas terhempas di selatan Argentina, bangkai sebuah pesawat enjin berkembar Piper Apache ditemui bersama empat mayat di dalamnya, lapor agensi berita China, Xinhua, yang memetik laporan Agensi Berita Nasional Argentina, DyN pada Khamis.

Mereka yang berada dalam pesawat itu ketika kejadian ialah juruterbang, ketua jurutera syarikat Pan American Argentina Oil Co iaitu Miguel Sanchez Navarro dan dua jurutera.

Pada 19 Oktober 1964, pesawat itu terhempas di Tasik Colhue Huapi di selatan wilayah Chubut. Usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan pada 1964 dan 1980 bagaimanapun gagal mengesan apa-apa.

Bangkai pesawat itu ditemui pada Isnin apabila seorang lelaki tempatan "nampak sayap kapal terbang terkeluar dari dalam tanah manakala bahagian lain masih tertanam," lapor DyN.
Pasukan yang ditugas mengeluarkan bangkai itu berkata sebahagian air di dalam tasik berkenaan menyejat dan mendedahkan bahagian badan pesawat yang masih ada.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa