Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 8, 2016

Harap tidak ada mana-mana pihak main wayang yang menyebabkan debat dibatalkan!

RTM sedia siar debat Abdul Rahman-Guan Eng

 | April 8, 2016
RTM juga akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program 'Demokrasi' RTM
rahman-guan-engPETALING JAYA: Ekoran kesediaan kedua-dua Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdebat berhubung isu tamah Taman Manggis, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula sedia menyediakan platform siaran secara langsung.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengesahkan perkara itu memberitahu RTM juga akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program ‘Demokrasi’ RTM.
“Kami bersedia menyiarkan secara langsung debat itu dan terpulang kepada mereka berdua untuk menerima tawaran ini. Debat itu akan diadakan tanpa kehadiran audiens bagi memastikan program berjalan lancar,” katanya kepada Bernama.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), mengakui beliau menyambut baik kesediaan Guan Eng menyertai debat umum menerusi muat naik status di laman sosial Twitter.
“Saya menyambut baik debat umum mengenai (tanah) Taman Manggis itu. Pegawai saya akan hubungi pihak anda (YAB Ketua Menteri) untuk menyelesaikan butiran yang perlu.”
“Debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran di sebalik skandal Taman Manggis,” Abdul Rahman dipetik sebagai berkata demikian.
BN mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menjual tanah Taman Manggis sedangkan tanah itu telah diperuntuk bagi pembinaan rumah mampu milik.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa