Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 12, 2016

Belit lagi?

Ahli PAC daripada pembangkang tolak kenyataan Hasan Arifin
pada 12-04-2016 11:04
SHAH ALAM: Wakil rakyat pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menolak kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin yang menyebut tiada bukti salah laku atau tiada wang yang hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lima wakil daripada pembangkang itu berkata, laporan PAC menunjukkan bahawa berbilion ringgit mengalir keluar dari 1MDB dan tidak dipertanggungjawabkan.

"Justeru, kami menggesa Pengerusi PAC menarik semula kenyataan beliau kerana ianya tidak berasas, tidak mencerminkan pandangan PAC secara keseluruhan dan berunsur penipuan.

"Kami berharap agar Pengerusi PAC tidak menyalah gunakan kedudukan beliau sebagai ketua jawatankuasa parlimen untuk BN dan kepentingan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata kumpulan tersebut.

Selain Tan Seng Giaw selaku Timbalan Pengerusi PAC, kenyataan bersama itu turut dikeluarkan secara bersama dengan Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.

Mengulas lanjut, penemuan PAC itu, jelas mereka, adalah bercanggah dengan dakwaan Hasan yang kononnya berpandukan kepada Laporan Ketua Audit Negara.

“Kami juga terkejut dan kecewa apabila Laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibentangkan di Parlimen, bersama-sama laporan PAC mengenai 1MDB, yang sepatutnya berlaku,” tambah mereka dalam kenyataan itu.

Pada masa yang sama, PAC juga mahu pihak polis melakukan siasatan kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak menyerahkan penyata akaun bank dan dokumen untuk mengesahkan pemilikan firma-firma asing yang terlibat, jelas mereka. - sumber

2 comments:

  1. PAC sepatutnya dipengerisikan oleh ZETI AZIZ seorang yg professional dan pakar sbb ia melibatkan accuount yg besar dan berbelit2.

    ReplyDelete
  2. Pengerudi PAC penipu rupanya, tentu dilantik oleh PENIPU BESAR

    KSHDKAHKSJ

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa