Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 13, 2016

Berbohong?

Pengerusi PAC didakwa berbohong

 | April 13, 2016
Kenyataan Hasan Ariffin yang merumuskan Najib Razak tidak bersalah, bukan keputusan bersama semua anggota jawatankuasa itu.
Datuk-Hasan-ArifinPETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan semua anggotanya.
Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, menyifatkan kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin mengenai perkara itu adalah tidak berasas, bohong dan menyeleweng daripada pandangan jawatankuasa itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Seng Giaw juga mendakwa, PAC tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa Najib tidak bersalah.
“Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” katanya dalam kenyataan bersama Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.
Seng Giaw mendakwa, kenyataan Hasan ketika ditemu ramah BERNAMA, baru-baru ini tidak mencerminkan persidangan PAC dalam siasatan 1MDB.
“Laporan PAC langsung tidak menyebut bahawa tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana.
“Sebaliknya, Ketua Audit Negara dan PAC mendapati berlaku banyak perkara amat diragui dan mencurigakan dalam transaksi 1MDB.
Katanya, PAC tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.
Minggu lalu, Hasan ketika ditemu ramah BERNAMA dipetik berkata, siasatan PAC mengenai 1MDB tidak menemui sebarang bukti menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa oleh Perdana Menteri.
Katanya, keputusan berkenaan dibuat secara konsensus oleh anggota PAC yang terdiri daripada anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa