Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 6, 2016

Bermaruah: Perdana Menteri Iceland mangsa pertama Panama Papers

Panama Papers: Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson letak jawatan
AFP |  April 06, 2016 00:28 MYT 
Panama Papers: Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson letak jawatan
Tindakan yang dilihat sebagai mangsa pertama yang menerima akibat dari pendedahan dokumen kewangan Panama Papers. - Foto Bertil Enevag Ericson, TT, File via AP
ICELAND: Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson mengumumkan meletakkan jawatan di tengah-tengah skandal ‘Panama Papers’.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap parti itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tindakan Gunnlaugsson dilihat sebagai mangsa pertama yang menerima akibat dari pendedahan dokumen kewangan ‘Panama Papers’.

“Perdana menteri telah memaklumkan kepada partinya pada mesyuarat kumpulan ahli-ahli parlimen yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan saya akan mengambil alih tugas-tugas beliau,” kata Timbalan Ketua Parti Progresif dan Menteri Pertanian Sigurdur Ingi Johannsson dalam satu siaran langsung televisyen.

Pada Ahad sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.

Organisasi yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) itu, mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.
Organisasi yang berpangkalan di Washington itu berkata data diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa