Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 6, 2016

MARA: Hahaa....yang mana satu betul?

Tanpa Umno MARA terkubur atau tanpa MARA Umno tersungkur, soal DAP
06 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Skandal MARA perlu tindakan tegas kata Sheikh Omar

Memberi reaksi kepada amaran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa tanpa Umno, MARA dan orang Melayu ranap, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Syeikh Omar Ali berkata beliau yang sarat dengan skandal rasuah, sepatutnya malu untuk membuat ugutan seperti itu.

"Saya khuatir akan maksud tersirat Najib selaku PM yang sarat dengan skandal rasuah, apakah kenyataan beliau sebenarnya bermaksud "tanpa MARA, UMNO terkubur, Najib tersungkur"?, katanya.

Bagi beliau Najib sepatutnya malu bercakap seperti itu pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA, ia tiada bezanya seperti memberi ugutan ke atas orang Melayu sendiri.

"Najib bertindak ala mafia," katannya.

Menurut Syeikh Omar, Selepas skandal MARA didedahkan, Najib sebenarnya mahu selamatkan orang Melayu atau kroni?

"Najib sepatutnya memberikan penjelasan berkaitan isu pembelian hartanah di Australia oleh MARA melibatkan penyelewengan sejumlah RM129 juta sekitar Jun dan Julai tahun lalu.

"Bukan membuat ugutan ala mafia kepada orang Melayu," jelasnya.

Selepas pendedahan skandal MARA kata beliau sehingga kini, tiada seorang pun yang dihadapkan ke muka pengadilan dan MARA masih belum mendapatkan kembali jumlah terlebih bayar' itu.

Orang Melayu tegas beliau perlu respon terhadap kenyataan Najib itu dengan berkata, "Untuk menyelamatkan MARA dan orang Melayu, Najib dan UMNO perlu diturunkan dari tampuk kuasa."

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa