Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 10, 2016

Bingai: Rupanya PAS nak melawan AMANAH jer kat Sarawak!

Buat apa bersusah payah nak melawan dengan orang yang nak mati?
Kan Amanah akan bertahan tak sampai dua tahun?
Mereka sepatutnya tumpukan untuk tewaskan calon penyandang/kerajaan Sarawak
Bingai betul!

Pas tidak bimbang hadapi Amanah di Sarawak
BINTULU - Pas tidak bimbang dengan cabaran yang dihadapi khususnya daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Pas berkeyakinan parti itu lebih mendapat sokongan berbanding Amanah yang disifatkan beliau hanya 'khadam' kepada DAP.

"Kita tidak menganggapnya satu saingan yang sangat mencabar khususnya apabila orang Islam dan kaum bumiputera menyedari bahawa Amanah adalah merupakan khadam kepada DAP," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Pengistiharan Calon Pas yang akan bertanding pada PRN-11 nanti di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Pas secara rasmi mengumumkan senarai 11 calon yang akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).  

Ketika ditanya sama ada berlaku pertindihan kerusi khususnya dengan PKR pada PRN-11 itu nanti, Abdul Hadi berkata perkara tersebut hanya akan diketahui semasa hari penamaan calon.

Sementara itu, calon bukan Islam yang ditampilkan Pas untuk bertanding pada PRN-11 bagi Dun Kakus, Clement Bayang berkata penyandang kerusi itu yang disifatkan 'sudah tua' menjadi antara faktor beliau bertanding kali ini.

Penyandang kerusi Dun Kakus sejak lima penggal, Datuk John Sikie Tayai, 65, (DOB 15/05/1950) menang di kerusi itu pada 2011 selepas mengalahkan calon PKR, Paul Anyie Raja dengan majoriti 602 undi.

Bayang, 59, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Sarawak dan bekas penyanyi Iban yang terkenal di negeri ini berkata secara peribadi beliau juga mengenali Sikie yang juga rakannya.

"Dia pun kawan saya...saya tidak mahu dia kerja kuat sangat terus bertanding sebab dia sudah tua," katanya yang pernah bertanding di Dun Kemena pada 2011.

Bayang juga mengakui sebagai calon Pas pada PRN-11 nanti, beliau turut melafaz baiah setia dengan perjuangan parti itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa