Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 10, 2016

18 tentera terbunuh: Tentera Filipina ditewaskan ketika bertempur dengan kumpulan Abu Sayyaf

18 tentera, 5 militan Abu Sayyaf maut bertempur di selatan Filipina
Agensi |  April 10, 2016 10:22 MYT
18 tentera, 5 militan Abu Sayyaf maut bertempur di selatan Filipina
Dalam pertempuran di Basilan itu, media melaporkan keseluruhan platun telah ditewaskan, dengan empat daripada tentera itu telah dipenggal kepala.
MANILA: Sekurang-kurangnya 18 tentera dan lima militan terkorban dalam pertempuran selama 10 jam antara pasukan keselamatan Filipina dan kumpulan Abu Sayyaf di Basilan, selatan Filipina pada Sabtu.

Media tempatan yang memetik jurucakap tentera Mejar Felemon Tan, melaporkan, selain kira-kira 50 tentera cedera, salah seorang militan yang terbunuh ialah warga Maghribi, Mohammad Khatfab.

Anak lelaki seorang pemimpin tertinggi Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, turut terbunuh dalam pertempuran itu.

Sementara itu, The Philippine Daily Inquirer melaporkan keseluruhan platun telah ‘ditewaskan’, dan empat daripada tentera yang terkorban telah dipenggal kepala mereka.

Pertempuran itu bermula pada jam 7.55 pagi waktu tempatan pada Sabtu, ketika pasukan keselamatan itu bertembung dengan lebih 100 anggota militan terbabit.

Sewaktu kejadian, pasukan tentera tersebut sedang memburu kumpulan Abu Sayyaf di Basilan dan di kepulauan Jolo selama dua minggu dalam misi membebaskan sekurang-kurangnya 18 warga asing yang ditahan sebagai tebusan.
Pertempuran itu berlaku sehari selepas seorang paderi Itali, Rolando del Torchio, yang dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf selama enam bulan, ditemui selamat dalam feri di Jolo. Kira-kira 130 juta peso (RM11 juta) dilaporkan telah dibayar untuk menebusnya.

1 comment:

  1. Good post! We will be linking to this particularly great content on our site.
    Keep up the good writing.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa