Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, April 7, 2016

Dah melarat daa........teka-teki di Johor pula

Thursday, 7 April 2016
ORANG JOHOR TENTU TAHU SIAPA YANG PALING BERANGAN NAK JADI MB
Apabila tiba-tiba timbul desas-desus mengenai usaha menyingkirkan Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor, ramai yang tidak begitu terkejut dengan perkhabaran itu, apatah lagi ia dikatakan diketuai oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri.

Ini kerana di sebalik Khaled  agak "slow" dalam memperlihatkan sokongannya kepada Najib Razak, timbalan menteri yang mengidam jawatan itu juga bukanlah rahsia lagi di kalangan orang-orang Johor.

Tambahan lagi yang menimbulkan isu tersebut ialah anak Speaker DUN Johor, Mohamed Aziz yang tentunya beliau tidaklah "omong kosong" saja mengenai perkara itu.

Sekarang ini ada enam timbalan menteri UMNO daripada Johor iaitu:-

- Ahmad Maslan
- Razali Ibrahim
- Aziz Kaprawi
- Hamim Samuri
- Nur Jazlan Mohamed
- Halimah Saddique 

Jadi, siapakah di antara enam nama di atas yang paling mungkin berpotensi mengetuai gerakan itu?

Tetapi, politik Johor mungkin agak berbeza dengan negeri-negeri lain. Menukar Menteri Besar di Johor tidak cukup sekadar dengan restu Perdana Menteri atau hanya dengan mencukupkan bilangan sokongan ADUN atau Ketua-Ketua UMNO bahagian saja kerana faktor istana adalah juga penentu pentingnya.

Sehingga ini Khaled mempunyai hubungan yang cukup baik dengan istana dan tidak pernah timbul apa-apa masalah, malah beliau juga adalah rakan sekolah dengan Sultan Johor suatu ketika dahulu.

Hubungan Khaled dengan Najib pula tidak pula boleh disamakan dengan kedudukan Mukhriz di Kedah yang berjaya ditumbangkan baru-baru ini.

Lantaran itu, menukar Khaled sebelum PRU 14, boleh jadi terlalu sukar dan dikira mustahil, lebih-lebih lagi jika pihak istana tidak merestuinya.

Namun, jika gerakan itu itu berujuan memastikan Khaled ditukar selepas PRU 14 dan mahukan timbalan menteri yang mengetuai gerakan itu sebagai penggantinya, ia tidaklah dilihat sesuatu yang asing.

Ia mungkin sebahagian langkah "usaha tangga kejayaan" dalam mencapai sesuatu yang diidam-idamkan dalam kehidupan oleh timbalan menteri berkenaan.

Maknanya, mereka boleh berusaha dan mewujudkan gerakan ke arahnya, menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada banyak perkara selepas itu.

Antaranya, apakah Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri, penerimaan istana serta bolehkah UMNO terus berkuasa di negeri itu?

Dan di kalangan enam timbalan menteri tersebut, ramai orang Johor sendiri tahu siapakah yang paling mengidam dan berangan-angan untuk menjadi Menteri Besar selama ini.

Timbalan menteri berkenaan dikatakan selalu menonjolkan hubungannya yang lama dan rapat dengan Najib sebagai asas untuk memimpin negeri itu.

Seorang pemimpin bahagian Johor berkata, jika daripada sekarang lagi sudah wujud perebutan untuk menjadi Menteri Besar, ini hanya akan menyebabkan lebih mudah UMNO kecundang memandangkan pihak pembangkang sudah pun mempunyai 18 kerusi sehingga ini. (SH 07/04/2016). - sumber

# Desas-desus Johor pula akan dapat MB baru

2 comments:

  1. Ahmad Maslan? Aku tutup mulut aku...

    ReplyDelete
  2. Kali ni aku nak sultan johor soal jawab dulu dgn kerajaan....takleh suka2 je nak tukar MB...kena ada sbab yg munasabah...takleh main geh je...krana bagi aku khalid takde masalah sangat di johor...kerja dia ok sangat2

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa