Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 7, 2016

Episod Hang Nadim berulang kembali?

Usaha musnah orang cerdik untuk bodek penguasa berterusan, kata Presiden Amanah
06 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Kisah Hang Nadim terus berulang kata Mat Sabu

Penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi Presiden Parti Amanah Negara 

(AMANAH) hanya satu lagi episod memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek 
pemerintah yang berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

Dalam satu kenyataan beliau membangkitkan kisah sejarah dalam masyarakat Melayu 
lama.

"Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak.

"Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza 
dengan hulubalang dan menteri-meteri disekeliling raja," katanya.

Dengan kecerdikan Hang Nadim katanya, beliau ditakuti mengancam kedudukan penguasa 
dan pelbagai cara digunakan untuk memusnahkannya.

"Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek 
pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini, katanya.

Rafizi Ramli menurutnya sebagai Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung 
PKR, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan 
membuat penyelidikan namun nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

AMANAH tegas beliau mendesak kerajaan Umno-BN menghentikan segera tindakan 
pengecut sebegini, kerana orang seperti Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat 
dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

"Kezaliman kepada Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara 
dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia," katanya.

1 comment:

  1. masih ada maruah ke malaysia di mata dunia?
    yg berasa malu hanya rakyat..pemimpin tak kesah pun.keluar negara mcm biasa je.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa