Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 16, 2016

Dalam sengsara rakyat, ramai lagi syaitan muncul!

SPRM siasat 50 orang termasuk Datuk dalam kes seleweng rumah mangsa banjir Kelantan
Astro Awani |  Mac 15, 2016 19:13 MYT
SPRM siasat 50 orang termasuk Datuk dalam kes seleweng rumah mangsa banjir Kelantan
ABD AZIZ: Seramai 50 individu termasuk seorang yang berpangkat Datuk dipanggil untuk siasatan berhubung penyelewengan bantuan ubah suai rumah mangsa banjir. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seramai 50 individu termasuk seorang yang berpangkat Datuk dipanggil untuk siasatan berhubung penyelewengan bantuan ubah suai rumah mangsa banjir di negeri itu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan ‎Rasuah (SPRM) negeri Datuk Abd Aziz Aban berkata, penyelewengan berkenaan melibatkan bantuan ubah suai 411 rumah mangsa di Tanah merah.

“Sebahagian dari 411 isi rumah yang mendapat bantuan merasakan bahawa bentuk bantuan tersebut tidak sama dengan nilai yang dianugerahkan.

“Kita juga turut menyiasat enam kontraktor dan sembilan sub-kontraktor berkaitan agihan bajet RM880,000 dalam fasa akhir dan setakat ini kita telah panggil 50 orang dan pihak lain juga,” katanya.

Katanya peruntukan untuk baik pulih rumah berkenaan ialah RM880,000 namun hanya RM550,000 digunakan manakala selebihnya dipercayai diserahkan kepada pihak ketiga.

Aduan oleh mangsa banjir terbabit dibuat setelah mereka tidak berpuas hati dengan bentuk pembaikan dengan nilai yang diperuntukkan.

Ekoran penyelewengan itu, SPRM turut menyita wang sebanyak RM225,000 dalam satu akaun serta RM100,000 wang tunai daripada pihak ketiga.

Abd Aziz berkata, seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan pada 4 Mac lalu bagi membantu siasatan mengikut Sekksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Katanya pihak SPRM akan menjalankan siasatan lanjut dan akan memanggil beberapa orang lagi individu termasuk yang bergelar Datuk.

SPRM mula membuka siasatan berhubung penyelewengan bantuan banjir ini Febuari lalu setelah menerima aduan dari orang awam dan mangsa banjir

2 comments:

  1. Negeri orghe pas pun ada rasuah jugak yekkk.. kebas duit cikgu Yik pun ada, tibai balak pun ada....

    Hebat puok nik amar neh..

    ReplyDelete
  2. sama macam bantuan mangsa tsunami pada 2006 disekitar kuala muda.
    banyak pihak ketiga yg ambik untung dengan derma dan bantuan.
    kebanyakannya mereka adalah melayu yg mengaku islam.perangai macam sialan je.
    siapakah mereka itu???
    mereka ada orang orang kerjaan.dari parti yg memrintah.

    dr zakir naikmemberi penjelasan mengapa allah sedia kan syuga dan neraka?
    neraka adalah untuk memberi keadalan bagi orang yg terinaya

    kebanyakan penguasa terlepas dari hukuman dunia.tetapi tidak pada hukuman akhirat.

    kebanyakan yg melakukan perbuatan ini adalah orang islam yg tak percaya kan akhirat..dan mereka hanya nama islam tp sebenarnya nunafik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa