Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 16, 2016

Kejam dan zalim: Apa dah jadi dengan warga Malaysia sekarang?

Maut Dipukul Selepas Terlanggar Kereta Yang Diparkir Di Tepi Jalan
Posted by Kita Bantai - 15 April 2016
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 48 tahun maut selepas dipercayai telah dipukul oleh sekumpulan pelanggan gerai makanan di PPR Pantai Dalam di sini, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Mangsa dipercayai telah memandu kereta melalui kawasan berkenaan sebelum terlanggar kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan berhampiran gerai makan PPR Kampung Limau, Pantai Dalam.

Selepas terlanggar kenderaan tersebut, mangsa dikatakan telah melarikan diri menyebabkan pelanggan gerai berkenaan tidak berpuas hati itu mengejarnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, ketika pihak polis sampai, mangsa telah ditemui tertiarap dalam tempat duduk belakang kereta Honda Accord dipandunya kira-kira jam 1.30 pagi.

"Pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala selepas disyaki dipukul dengan objek tumpul.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan." katanya.  - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa