Sebenarnya seingat aku tak ada lagi Majlis Raja-Raja campur tangan di dalam perkara begini.......
Betul, sepatutnya Raja-Raja tidak campur tangan di dalam perkara yang melibatkan politik tapi mereka berhak untuk tegur dan nasihat di dalam situasi tertentu
Yang aku pelik seolah Hadi rasa Rakyat Malaysia ni bukan rakyat Raja ke?
Deklarasi Rakyat: Hadi gesa jangan libatkan Majlis Raja-Raja
Betul, sepatutnya Raja-Raja tidak campur tangan di dalam perkara yang melibatkan politik tapi mereka berhak untuk tegur dan nasihat di dalam situasi tertentu
Yang aku pelik seolah Hadi rasa Rakyat Malaysia ni bukan rakyat Raja ke?
Deklarasi Rakyat: Hadi gesa jangan libatkan Majlis Raja-Raja
Ahli Parlimen Marang itu menyoal mengapa undi tidak percaya belum dilakukan penentang PM.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa supaya Majlis Raja-Raja tidak dilibatkan dalam Deklarasi Rakyat.
“Kita tidak mahu melibatkan pihak yang tidak sepatutnya terlibat dalam apa-apa desakan.
“Kita mempunyai parti politik dan juga NGO serta pihak lain, jadi ia terpulang kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas tindakan Dr Mahathir yang mahu mengumpul tandatangan rakyat agar Majlis Raja-Raja dapat membuat keputusan untuk mengugurkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengakui Majlis Raja-Raja tiada kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkir Perdana Menteri namun dalam keadaan terdesak mungkin Perdana Menteri boleh dilucutkan jawatan.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tidak akan terlibat malah menolak apa sahaja tindakan yang tidak demokratik.
“Kita mahukan perubahan dilakukan menggunakan kaedah yang demokratik bukannya seperti yang kita lakukan sekarang ini,” ujar beliau lagi.
Tambahnya, sehingga kini proses demokrasi yang dibenarkan melalui undang-undang juga masih belum dilaksanakan.
“Proses demokrasi yang dibenarkan seperti undi tidak percaya atau pilihan raya masih belum dilakukan,” katanya.
Sebelum ini PAS pernah menyatakan sokongan jika undi tidak percaya terhadap Najib dibentang di Parlimen oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dok diam2 dah la hadi awang
ReplyDeleteLagi byk bercakap,,lagi byk byk PAS hilang ahli
ReplyDeletePresiden PAS nyayuk dan paling bangan
ReplyDelete