Friday, April 15, 2016

Isy.....orang tua ni.......dulu bukankah dia yang tunjuk?

Tandatangan dokumen tanpa baca, Najib perlu letak jawatan

 | April 15, 2016
Dr Mahathir berkata, Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri, kerana tidak mempunyai pendirian
najib-mahathirSHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, kerana bertindak bodoh dengan menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui isi kandungannya.
“Saya nak minta kepada Najib, berasaskan kepada kebodohannya tandatangan dokumen tanpa baca.
“Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini Perdana Menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini Perdana Menteri kita.
“Orang begini tidak layak jadi Perdana Menteri, tiada pendirian,” katanya ketika berucap pada Forum Laporan PAC 1MDB ‘Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah?’, malam tadi.
Rabu lalu, Datuk Mohamad Hafarizam Harun yang merupakan peguam Najib mempertahankan anak guamnya dengan berkata, tandatangan Najib pada dokumen 1MDB bersifat “operasi”.
Jelasnya, tandatangan Najib pada dokumen 1MDB tidak bermakna beliau tahu atau membuat keputusan berhubung perkara-perkara berkaitan 1MDB.
Isnin lalu pula, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dilaporkan sebagai berkata, Najib bukan sahaja sedar, tetapi juga telah menandatangani kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi yang bernilai RM3.92 bilion.
“Beliau menandatangani dokumen, jadi bermakna beliau sedar,” kata Shahrol ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Mengikut Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB, semua keputusan berhubung lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB, serta sebarang komitmen kewangan, termasuk pelaburan 1MDB yang boleh memberi kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan, perlu mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.

3 comments:

  1. Wah..ini betul2 bahaya ni..sign tak baca/tahu..pm lak tu..silap2 yg jual stesen janakuasa kat RRC tu pun tersign jugak..parah ni

    ReplyDelete
  2. Dia reti baca ke? Atau baca tapi tak faham?

    ReplyDelete
  3. ingat rakyat maalaysia sama tahap sekolah tadika ke....bangang...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa