Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 15, 2016

Kenyataan ini boleh mendiamkan isu?

Sumbangan derma kepada Najib memang dari Arab Saudi - Adel Al-Jubeir
Bernama |  April 15, 2016 08:33 MYT
Sumbangan derma kepada Najib memang dari Arab Saudi - Adel Al-Jubeir
Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku sumbangan derma kepada Najib (gambar) memang datang daripada negara itu. -Gambar fail
ISTANBUL: Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Khamis.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

2 comments:

  1. Pokjib..tulong bg no talipon tok arab ni..kat mntak derma sikit la..mklumlah gawat...

    ReplyDelete
  2. klu derma ikhlas knp takut. knp pulangkan balik. bnyk duit tu utk bantu rakyat susah. pelik bin ajaib

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa