Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 4, 2016

Keadilan mohon maaf dan Badrulamin pertahankan doanya

Saya minta maaf bagi pihak KEADILAN kerana ada 1-2 perkara yang kurang cantik tadi.

Pertama apabila ada sekumpulan yang buat demo dalam demo terlalu dekat dengan lori utama sehingga mengganggu ucapan di atas. Banyak kamera media yang dialihkan ke arah mereka apabila makin kuat semasa Tun M bercakap. Saya pun tidaklah terlalu selesa dgn Tun M tetapi kena ada adab. Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Dia sudah tua. Bagi saya dosa2 nya dan kesilapannya biarlah di antara dia dan Allah. Sementara saya berhati-hati dengan dia, adab kena jaga dan mengaibkan orang tua itu adalah poor taste.

Kedua doa yang tidak kena dibacakan si akhir. Mengaibkan Tun M dengan doa tidak mengubah apa2 malah memualkan rakyat. Itu satu kesilapan dan saya ambil tanggungjawab itu sbg Setiausaha Agung KEADILAN. In Sha Allah saya akan memohon maaf secara peribadi dan akan disampaikan kepada beliau.

Apa pun terima kasih dan tahniah. Semasa Majlis Presiden PH ambil keputusan mengadakan 2 acara minggu ini - Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan pada hari bekerja (Isnin) dan demonstrasi mansuh GST dalam cuaca panas terik dan ramai balik Qin Ming, ia satu keputusan berisiko.

Alhamdulillah kedua2 nya berjalan dengan kehadiran yang baik mengambil kira mood semasa.

Saya selalu pantau reaksi di media sosial untuk agak tahap sokongan rakyat.

Gambar2 demo tadi yang saya letakkan di fb saya sekitar jam 4 ptg tadi telah reach hampir 1 juta fb user/like 16k/share 5.5k (lihat sisipan).

Maknanya walaupun ramai yang tak turun, ramai yang sokong demo & apa yg kita buat.

Permulaan yang baik kepada PH sebagai pakatan yang akan mengambil alih Putrajaya selepas ini.

Tkasih dan wassalam.

Rafizi Ramli

Salam... Ada  org tidak senang dgn doa saya semalam di Dataran Merdeka kerana konon biadab pada Mahadir.

Sebenarnya begitu la bunyi doa saya sejak awal  re4masi sebelum saya disumbat kedalam ISA hingga keluar ISA hinggalah sekarang. Sekadar  itulah kemampuan saya menentang kezaliman yang akan saya  jawab nanti bila ditanya di Mahkamah Allah. Saya tidak berani dan tidak mampu menegur secara berdepan dengan orang yang Zalim. Saya hanya mampu sekadar berdoa. Itulah senjata saya.

Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikrirtik dan diperrtikai oleh teman "seperjuangan"? Adakah kerana hari ni kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahadir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?

Demi Allah, saya tidak dendam dengan Mahadir. Saya hanya ingat pesan Nabi agar tidak redho dgn apa jua  kezaliman. Nabi juga pesan agar lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuan saya.

Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda org hebat dan berani.  Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sadar dan segera  bertaubat.

Dalam konteks Mahadir, tegurlah dia mana tahu terbuka  hatinya untuk minta maaf pd anwar, kuarga dan rakkyat. Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahadir.                      

Salam Re4masi  dari saya... Dr.Badrulamin Bahron.

# Pada aku biar pun apa situasinya biarkan Mahathir tahu ramai yang terluka akibat tangan dan hati busuknya ketika kuasa di dalam genggaman........baik juga dijadikan pengajaran pada yang sedang memeluk kuasa sekarang ini.

Dosa yang tidak terlepas dari manusia, tidak akan terlepas dari Allah!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa